Tuesday, August 20, 2013

Doaku Untuk Syria...

Assalamualaikum...

Aku pernah pergi ke Aceh seminggu selepas peristiwa Tsulami berlaku bersama rakan-rakan daripada Mercy Malaysia dan aku juga pernah merasa pergi ke bumi Kemboja melihat hasil kekejaman Pol Pot bersama rakan-rakan INMIND di bawah SUK Selangor.. sedikit sebanyak dapat aku hayati begitu sengsaranya kehidupan ini setelah dijuji Allah dengan sedemikian rupa..

Aku belum pernah merasa dan mungkin tidak sempat untuk merasa untuk pergi melihat bagaimana sengsaranya saudara kita di bumi Syria dan Mesir sekarang ini.. Aku akui jikalau dipelawa untuk pergi kesana mungkin aku terpaksa menolak di atas alasan aku sudah mempunyai anak-anak untuk dibesarkan… Apalagi balasan yang Allah akan berikan kepada saudara-saudara kita di sana melainkan syurga kerana mereka telah merasa dukacita dengan ujian kehidupan yang begitu berat. Apalah sangat dugaan yang telah kita rasa setakat ini di dalam hidup kita jika hendak dibadingkan dengan mereka?
Sempena Lebaran ini aku menyeru diriku dan sahabat-sahabat sekalian supaya kita bertindak lebih daripada sekadar menghayati dukacita mereka dengan menanamkan sedikit jihad di dalam hati dan bertindak walaupun hanya sekadar dengan menghulurkan bantuan kewangan..

Ingat firman Allah S.W.T.. "Setelah Ahli-Ahli syurga masuk ke dalam syurga, mereka bersyukur dan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);" Fatir 34

Firman Allah ini mengingatkan kita bahawa manusia yang masuk ke dalam syurga nanti adalah mereka yang mempunyai dukacita masing-masing semasa hidup di dunia.. Rata-rata dukacita kita sebagai orang Islam di bumi Malaysia ini kecil sahaja.. Bahkan kita lebih banyak bergembira seperti menyambut kedatangan Hari Raya pada hari ini.. Jadi bantulah mereka dengan cara terbaik mengikut kemampuan kita….