Sunday, November 22, 2015

SEBENARNYA KITA CUMA MENGHITUNG HARI...

Assalamualaikum

Semoga hari-hari yang kita lalui sentiasa dipayungi rahmat-Nya..

Hari perhitungan dirasakan masih lambat kepada sebahagian mereka yang masih sihat & sedang menikmati kesenangan hidup tetapi dirasakan begitu hampir kepada mereka yang sedang diuji dengan penyakit dan dugaan perit di dalam kehidupan....
Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.

”اكثروا ذكر هادم اللذات”

Ertinya, “Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.

Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya; “Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang leleki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda: Siapakah orang mukmin yang afdzal?

Jawab baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”.
Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang sempurna akalnya?

Jawab Baginda:

“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”

Ertinya: “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya”.

Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya; sabda Nabi s.a.w.

“الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله “.

Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal”.

Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya, sabda Nabi s.a.w.

“اكثروا ذكر الموت ، فانه يمحص الذنوب ، ويزهد فى الد نيا”.

Ertinya: “Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.

Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w.pernah bersabda:

“كفى بالموت واعظا وكفى بالموت مفرقا”.

Ertinya; “Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.


Wednesday, May 27, 2015

Tahniah Turki..

Assalamualaikum wrbt

Tahniah Turki..

Alhamdulillah Allah "hadirkan" Turki menyelamatkan Bangsa Rohingya daripada dilenyapkan oleh musuh mereka & musuh Islam..

Kita di sini hanya mencari & memberi alasan serta menuding jari antara satu sama lain... tetapi Turki telah "menakutkan" dunia dengan tindakan tanpa banyak madah bicara..

sudah tersirat "pemimpinku" lemah dengan pelbagai skandal yang memakan diri.. jadi bagaimana mereka dapat berperanan besar demi agama tercinta ini? pemimpin seperti Recep Tayyip Erdogan "gagah" kerana dia Ikhlas berjuang untuk agama mengalahkan lain2 kepentingan... bkn kerana kepentingan Individu, parti dan bangsa... dan kebanyakan rakyat bergelar "keyboard warrior" sepertiku hanyalah mampu untuk terus menaip dek lemahnya iman kpd Allah... Ya Allah jadikanlah kecintaan kami kepada Agama mengatasi segala2nya..

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"
Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."


Tuesday, May 19, 2015

BERSABARLAH ROHINGYA...

Assalamualaikum
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan-Nya...

Kita sudah berada di fasa ke-4 ummat ini.. Fasa di mana kecintaan kepada Agama bukan lagi keutamaan.. Dari Fasa pertama (Kenabian) sehinggalah fasa ke-3, Khalifah & pemimpin2 Islam sanggup Ishtihar perang sekiranya mendengar Ummat Islam di tempat lain ditindas.. tetapi sekarang, "mereka" lebih sayangkan Negara berbanding sayang kepada saudara sesama Islam...

Mengapa mereka tidak sedar apa yang terjadi ini adalah takdir Allah untuk menguji sejauh mana mereka sayangkan saudara seagama mereka? satu ayat yang saya nak ungkapkan - "JAWABLAH KAU DIHADAPAN ALLAH KELAK".. sedangkan burung yang cuba memadamkan API yang membakar Nabi Ibrahim menjawab " memang aku tidak mampu memadamkan api itu, tetapi aku cuba juga kerana aku takut bila disoal oleh Allah kelak apakah usaha aku untuk membantu Nabi Ibrahim"..

Kepada yg langsung tidak peduli & terasa keperitan saudara kita itu... tanamlah walaupun sedikit rasa sayang anda kepada mereka... ini kerana ianya merupakan saham kita di kubur kelak.. ingat soalan ke-5 yg akan disoal nanti oleh munkar & nakir..

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
SIAPAKAH SAUDARA KAMU?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Pelik bagi saya bila kita berkata "Myanmar perlu bertanggungjawab" sedangkan kita dah tahu memang itu yang mereka mahukan.. Kita seperti menyuruh syaitan bertanggungjawab kepada kesesatan yang telah dilakukan kepada manusia... selepas itu kita lepas tangan daripada berdakwah menunjukkan jalan yang benar...

Melihat apa yang terjadi sekarang aku berharap percepatkanlah Fasa ke-5 di mana Fasa pemerintahan Nabi Isa a.s dibantu oleh cucunda Rasulullah Imam Al-Mahdi...
Ya Allah sudah kusampaikan apa yang tersirat dihati.. semoga dapat membuka hati mereka yang membacanya nanti...


Monday, May 18, 2015

EKONOMI KETIKA INI...

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat pembaca yang masih setia berkunjung ke sini


Ekonomi skrg.. anda di golongan mana?
Mrk yg tidak terkesan langsung adlh golongan yg berada..
Mrk yg sedikit terkesan adlh mrk yg sederhana keatas krn simpanan bulanan menjadi sedikit berkurangan berbanding sebelumnya..
...
Mrk yg agak terkesan adlh mrk yg sederhana kebawah krn sudah tidak blh menyimpan hanya mengharapkn duit epf & pencen utk hari tua nnt..
Mrk yg mmg terkesan adlh mrk yg tidak blh menyimpan & tiada jaminan epf @ pencen utk hari tua..
Mrk yg kuat terkesan adlh mrk yg terpaksa bekerja lbh masa @ kerja sampingan utk menampung perbelanjaan sehingga terpaksa mengurangkn masa utk keluarga & tempat ibadah..
Dan mrk yg terlalu terkesan adlh mrk yg wpun bekerja lebih masa @ kerja sampingan tetap tidak mencukupi utk menampung perbelanjaan seharian..
Lumrah hidup ada tangganya.. tp bg mrk yg bersabar di dlm 'hazan' ini akan menghuni tangga atas pula di akhirat kelak..


Sunday, February 22, 2015

SALJI DI TANAH ARAB

Assalamualaikum wrbt

Renung-renungkan sahabat sekalian...
Tanah Arab dilanda salji sekali lagi.. tetapi kali ini lebih tebal saljinya....
Saya bukan peramal tetapi saya cukup meyakini Hadith Rasulullah S.A.W..

Nabi Muhammad pernah bersabda:
"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi.
 

[Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab]
Dari Sauban RA katanya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”

Berita gembira untuk kita sekiranya sempat untuk berada di zaman pemerintahan Khalifah agung cucunda Rasulullah iaitu Al-Mahdi.. tetapi terdapat berita buruknya juga kepada mereka yang lalai kerana ramai ulama berpendapat kemunculan Al-Mahdi merupakan tanda kecil Kiamat yang terakhir sebelum datangnya Kiamat Kubra pertama iaitu keluarnya Fitnah yang paling ditakuti oleh semua Para Nabi & Rasul iaitu fitnah Dajjal...

Nabi Berpesan...
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada ummatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita"

Para sahabat bertanya, "Apakah fitnah terbesar itu Ya Rasulullah..?"
Rasulullah menjawab,
"Fitnah itu adalah kamu akan lihat ummatku pada waktu itu, paginya Islam, petangnya kafir. Petang Islam, pagi kembali menjadi kafir."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu Ya Rasulullah..?"
Baginda s.a.w menjawab,
"Sebab dia MENJUAL AGAMANYA DENGAN NILAI DUNIA."

Apakah petunjuk yang menandakan fitnah tersebut telah menimpa umat ini? Petunjuk itu adalah bilamana terjadinya huru hara yang menimpa Syam.. tatkala manusia semakin rakus mengejar kenikmatan dunia.. begitu ramai si isteri menolong suami bekerja mencari rezeki.. penyanyi diagungkan.. mereka yg teruk akhlaknya diangkat menjadi pemimpin.. yg benar dikatakan dusta & yg dusta dikatakan benar..
wallahualam..

Bersedialah sahabatku.. samada kematian kita ataupun kita sempat merasa fitnah akhir zaman kedua-duanya menjadi musabbab untuk kita beramal soleh..
tidaklah aku nukilkan ini selain daripada berkongsi ilmu untuk pedoman bersama sebagai amal soleh kepada Allah..


Thursday, February 12, 2015

PEMERGIAN BESAR...TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Assalamualaikum
Buat para pembaca yang dirahmati Allah sekalian hendaknya...



Tuan Guru Nik Abdul Aziz.. InsyaAllah syurga tempatmu.. Mungkin sekarang rohnya begitu gembira dibawa berjumpa dengan roh para Rasul, Nabi, Ulama, Anbiya & Ahli keluarga yang Soleh Solehah yang lain.. kita akan dibangkitkan bersama dengan orang2 yang kita cinta dan sayang..

Cintailah Ulama.. tiada ruginya.. Seorang lagi kekasih Allah telah meninggalkan kita.. kepada mereka yang sedih dengan kehilangan besar ini.. jadikan kesedihan ini sebagai semangat untuk kita menjadi seorang pejuang agama seperti Tuan Guru.. Allahuakbar..

Terfikirkah anda? Inilah hikmahnya pemergian yg cukup besar.. sedar ataupun tidak, bukan sahaja kesedihan ttp ramai yg menginsafi pemergian Murabbi besar ini.. semoga hidayah yg diperolehi ini berkekalan sehingga kita pula dijemput utk berjumpa Pencipta kelak..

Satu perkara yang amat sukar dilakukan oleh manusia biasa hari ini termasuk diriku yang kadang2 ada ketikanya terlupa terlalu mendambakan kenikmatan dunia..


 Tuan Guru mampu untuk memilih kehidupan mewah sebagai seorang pemimpin tetapi beliau memilih hanya untuk merasai kehidupan serba sederhana seperti seorang Guru biasa di sekolah pondok..

Mulai hari ini kita sudah kehilangan doa seorang Ulama.. memang beliau bukan maksum tetapi sudah tentu doa seorang hamba sepertinya ada nilai besar di sisi Allah...

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.. semoga kami semua blh jadi kuat sepertimu memperjuangkan Islam..

- masa depan yang sebenarnya adalah Akhirat - Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..



Tuesday, February 10, 2015

Peristiwa hari ini... 10 Februari 2015

Assalamualaikum
Salam rahmat kepada semua...semoga sentiasa mendapat limpah berkat dari-Nya

 Tak sangka ramai yang bertanya pada saya ttg isu ini terutamanya adik2 yang masih bersekolah... Jawapan saya masih tetap sama.. saya tidak tahu yg mana1 betul & yg mana satu salah.. cuma sy blh jawab begini.. (sila baca sampai habis jika tidak bimbang anda akan salah tafsir)

DSAI sudah dihukum penjara 5 tahun.. bersalah ataupun tidak kedua2nya adalah kelebihan untuk beliau.. Andai beliau bersalah, hazan (sedih) hukuman penjara yg dikenakan ini jika beliau bersabar, mohon pengampunan dan banyakkan ibadah di sana, InsyaAllah mehnah ini adalah penghapus dosa2 beliau dan menjadi tiket untuk beliau memasuki Jannah Allah kelak...

Tetapi jika beliau tidak bersalah, ketahuilah darjat beliau akan diangkat setinggi-tingginya di atas kezaliman ini dan mereka yang terlibat dalam fitnah ini akan melihat darjat beliau yang tinggi di akhirat kelak di dalam keadaan hina dina dan tunduk malu menyesal yang tiada gunanya...

Kepada sesiapa sekarang ini yg cenderung memihak kepada mana2 pihak samada Saiful Bukhari ataupun DSAI, pesan saya, sudahlah, hentikan hujah anda.. anda sebenarnya tidak begitu pasti yg mana sebenarnya benar, hanya Allah dan mereka si empunya badan yang tahu hakikatnya.. jika anda tersalah cakap anda akan menyesal kerana memberikan pahala secara percuma kepada mereka kelak...

wallahualam...


Sunday, February 1, 2015

10 Tanda Kiamat Qubra

Assalamualaikum
Semoga dirahmati Allah s.w.t hendaknya...

Hadith yang banyak kali kita sudah dengar... tetapi entah mengapa terasa sudah semakin hampir keluarnya kesemua tanda2 tersebut.. wallahualam

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

H.R Muslimi