Tuesday, January 20, 2015

Bencana Akhlak apakah ini??

Assalamualaikum...

Salam rahmat kepada semua pengunjung blog.

Sahabat2ku sekalian mari kita bezakan 2 peristiwa ini.. hayati dan InsyaAllah baru kita mengerti Akhlak Islam dan Iman yang bagaimanakah kita miliki hari ini...

Peristiwa pertama, Pada tanggal 837 hijrah kisah mengenai seorang Muslimah daripada Bani Hasyim.. ketika gadis Solehah ini berjalan2 di pasar dia diganggu oleh beberapa orang lelaki Romani dari Rome sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya... Kemudian dia memanggil Khalifah Al-Mutashim Billah dengan menjerit "waa Mu’tashimaah!" yang bermaksud "di mana kau Mutashim, tolonglah aku!".. Mendengar perkhabaran itu Kahlifah pemimpin Islam yang hebat itu menyahut dengan menghantar puluhan ribu tentera ke Ammuriah (Turki)... 

Ramainya bala tentera yang dihantar Khalifah ini begitu ramai sehingga panjangnya tidak putus dari gerbang istana khalifah di Baghdad hingga ke Kota Ammuriah (Turki)..

Peristiwa kedua yang kita telah sedia maklum.. gadis2 kita bukan sahaja rela tetapi seolah2 begitu berkeinginan untuk dipeluk oleh artis Korea.. Wahai Ibu Bapa yang mempunyai hasrat untuk melihat anak mereka tergolong di dalam golongan Siddiqin & Syuhada termasuk diriku dan Isteriku.... Jika benar sekadar melihat hiburan itu tidak mengapa, tetapi jika sehingga hampir separuh tumpuan mereka terhadap artis pujaan mereka ini menyelami hidup mereka.. berhati2lah.. peristiwa ini menunjukkan betapa kuatnya aura hiburan di dalam meruntuhkan agama anak2 kita...

Bandingkanlah kedua2 peristiwa ini, lihat di kategori manakah kita dan majoriti Umat Islam berada sekarang ini? Aurat diselak sehingga perang diIshtiharkan dan...........
Semoga Allah takdirkan peristiwa ini untuk menyedarkan kita tentang Fitnah2 yang akan datang..

Saya terpanggil untuk menulis coretan ini kerana terdapat komen yang saya baca daripada mereka yang terlalu berfikiran terbuka mengatakan "hal ini kecil sahaja.. biarkanlah"..
Hal ini kecil bagi mereka yang melihat dengan akal.. tetapi besar untuk mereka yang melihat dengan keimanan.. wallahualam


Thursday, January 8, 2015

SELEPAS INI...

Assalamualaikum..
Salam rahmat kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini...

Ujian yg datang tanpa henti ini memang satu peringatan dan sudah tentu ada hikmahnya.. ramai di antara kita berfikir ujian ini adalah peringatan dek banyaknya maksiat dan kejahilan yang terjadi di dalam masyarakat.. tetapi bagi saya peringatan ujian yang tidak putus2 ini merupakan satu petanda yg jauh lebih penting daripada sekadar maksiat dan kejahilan.. ini adalah peringatan untuk kita menjadi muslim yang lebih kuat daripada hari ini kerana.... wallahualam

Selepas peristiwa MH370 dan kering berpanjangan pada awal dan pertengahan tahun lepas, saya sudah menulis.. berhati-hatilah apa pula yang akan datang selepas ini, kejadian ini adalah lebih daripada sekadar amaran kemurkaan Allah terhadap maksiat dan kejahilan yang telah dilakukan oleh umat Islam hari ini.. wallahualam.. Ini kerana Rasulullah sendiri telah berdoa supaya ditangguhkan bala keatas umat ini daripada bencana seperti yang telah diberikan Allah ke atas umat2 terdahulu..

Mari kita lihat, walaupun pelbagai kejahilan, maksiat dan jenayah yang meningkat.. dalam pada itu sebenarnya ramai rakyat2 negara2 Islam di Nusantara ini sebenarnya sedang bangkit menuju kearah kehidupan beragama yang kuat.. Cukuplah jika kita menyentuh soal rumah Allah, Masjid2 di Brunei, Malaysia, Indonesia dan sebilangan tempat2 lain di nusantara kita ini seolah2 membentuk fenomena dimana ianya diimarahkan dengan cukup hebat jika dibandingkan dengan sebelum ini kerana lahirnya kesedaran dan minat yang besar terhadap agama. Salah satu musababnya adalah lahirnya tokoh2 agama yang mampu menarik ramai orang khususnya anak muda mendengar ceramah2 agama.. TV-TV dan program2 mega khas untuk agama seperti cendawan tumbuh dewasa ini sehingga yang paling menabjubkan dengan pengishtiharan Hudud di Brunei..

Walaupun mungkin sekadar hanya sebilangan umat Islam nusantara ini yang cenderong kepada kesedarang untuk menjadi Mukmin yang kuat, tetapi fenomena yang terjadi ini sudah cukup merunsingkan zionis khususnya tentera2 dajjal.. Bukan meminta tetapi satu persatu yang terjadi setakat ini seolah2 sudah menunggu begitu dekat "sesuatu" yang lain pula.. hanya Allah yang mengetahui keharmonian ataupun ujian yang akan mewarnai hidup kita selepas ini.. namun untuk menjalani kehidupan dan niat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim dan khalifah Allah dengan baik, kita memang wajib mendoakan keredaan dan rahmat daripada Allah S.W.T dicucurkan untuk “bumi” ini..

Walaupun begitu, seperti takut dan bimbangnya Rasulullah bagimana kita umatnya menghadapi dugaan fitan ini, kita juga perlu bimbang dan sentiasa bersedia dengan tingkatkan Iman dan Ilmu yang jamiq.. orang barat berkata “masa akan datang” adalah suatu misteri, tetapi misteri inilah yang menentukan hala tuju kehidupan kita. wallahualam..

Thursday, January 1, 2015

Sudahlah...

 Assalamualaikum...

Tajuk terlalu ringkas tapi itulah dia...tak perlu cerita panjang rasanya...

Orang yang dinanti dah pun tiba di sini.. Alhamdulillah...Tak perlu dah ulas keikhlasan beliau menjenguk mangsa banjir.. keikhlasan hanya Allah yang menilai, bukan kita hambanya yang serba kekurangan...
sedangkan Rasulullah pernah memarahi Usamah membunuh musuh yang telah mengucap dua kalimah syahadah setelah tewas di tangan beliau. Rasulullah marah tindakan sahabat baiknya itu walaupun Usamah mempertikai keikhlasan musuh menyebut kalimah syahadah.. inikan pula hal yang lebih kecil berbanding kisah peperangan tersebut..

Apa yang penting masa nilah kita sama2 buat pahala bukan buat dosa dengan mempertikaikan keikhlasan seseorang yang hanya Allah yang tahu.. wallahualam..


ANTARA KHALIFAH & DEMOKRASI

Assalamualaikum para pembaca budiman...

Di sini saya paparkan tiga orang manusia berdarjat Raja.. lebih bertanggungjawab drpd manusia yg bergelar pemimpin yg dipilih oleh sistem yg dinamakan demokrasi.. Raja lebih menyayangi Rakyatnya kerana dahulu mereka bergelar Khalifah...



KATA-KATA NISTA & AZAB ALLAH

Assalamualaikum buat para pengunjung blog kami...

Sedarkah kita bahawa umat terdahulu walaupun segelintir membuat maksiat maka Allah akan timpakan Azab kepada keseluruhan umat.. tetapi dek sayangnya Rasulullah kepada kita baginda berdoa untuk Allah tangguhkan Azab kepada umat ini..

Sudah lama mulut2 busuk mempertikaikan Hudud kedengaran sejak Merdeka lagi.. Tetapi tahun lepas bila Kelantan benar2 berhajat dan tekad berusaha untuk melaksanakan Hudud, semakin banyak mulut2 busuk lantang bersuara tidak kira dari aliran puak2 mana pun, melontarkan perkataan yang cukup berat untuk mereka jawab di Mahsyar Allah kelak.. adakah kerana isu ini atau maksiat dan fitnah yang semakin berleluasa menjadi penyebab Allah menguji kita?

Hanya Allah yang tahu jawapannya.. adakah bala ini "Mehnah" ataupun semata-mata Azab dariNya... Sekarang seolah2 kita tidak sempat mendongak kelangit untuk melihat mentari.. kerana ujian yang turun satu demi satu ini begitu cepat seperti hujan yang turun dari langit.. "Ya Allah jika ujian ini adalah kerana diKau Murka kepada sebahagian daripada kami.. Insafkanlah mereka... Amin...