Tuesday, December 31, 2013

Ujian Allah itu indah

Assalamualaikum wrbt

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi-Nya ini. Namun entah bila barangkali nafas kita bakal berhenti selamanya. Jadi gunakanlah peluang yang ada ini untuk menambah amal dan juga menyelesaikan setiap azam yang kita tanam sebelum ini.

Beberapa hari lepas, saya dan suami ziarah saudara sakit di hospital. Kasihan..masih anak kecil. Adiknya pula baru sahaja demam di rumah. Ibunya ke sana sini kerana anak2 tak sihat & ayahnya terpaksa bekerja demi mencari rezeki untuk anak2. Barangkali tidak dapat cuti untuk menjaga anak sepenuh masa. Hanya sempat menjenguk sebentar.

Melihat keadaannya membuatkan saya terfikir sesuatu..bahawasanya Allah sedang menguji kedua ibu bapanya sedemikian... kerana Allah tahu kemampuan mereka. Orang lain pula diuji dengan masalah lain contohnya masalah di tempt kerja, kewangan yang tak menentu atau masalah dengan kawan2.

Sebaiknya kita belajar utk memahami keadaan sesiapa sahaja. Try to be in others' shoes so that you can know the condition. Memahami itu penting supaya kita takkan salah faham atau buat sangkaan yang bukan2. Sesungguhnya setiap ujian Allah itu tidak lain hanyalah utk menambah iman kita supaya lebih 'kukuh'.

Thursday, December 26, 2013

2014

Assalamualaikum wrbt...

Seems that 2013 dah nak berlalu..tahun yg penuh dengan peristiwa.. adakah 2014 tahun makin baik atau lebih buruk daripada tahun ini? Walau bagaimana hebat dugaan yg bakal ditempuhi doakan kita tetap dengan iman dan hidayah.. percayalah selagi kita beriman apa juga yg berlaku baik atau buruk adalah semata2 untuk menggantikan penat kita mengharungi dugaan ini dengan suatu nikmat yg tidak pernah terjangkau dek hati..

Whatever pun yang kita kata..we have to believe pada apa yang telah diturunkan buat kita, umat manusia sejagat...Percaya dengan Quran kerana kesemuanya merupakan janji Rabbul yg pasti dikotakan...

Setelah Ahli-Ahli syurga masuk ke dalam syurga, mereka bersyukur dan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat); (Fatir : 34)

Dia yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Dan tidak akan menyentuh kami lagi penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu”. (Fatir : 35)

sekejap je dunia ni.. berada di padang mahsyar lbh lama dari kehidupan kita di dunia..

Sunday, December 22, 2013

Hak dan Adil

Assalamualaikum...


Sy seorg yg agak neutral.. tp sejak dua menjak ni susah nak jadi neutral sbb keadaan nampak mcm bakal menjadi lebih teruk.. Membaca petikan2 menteri2 di atas sy terfikir 1 perkara je.. “apa la agaknya kata2 sahabat2 dan kawan2ku yg 4 bulan lepas banyak sgt status melaungkan hidup melayu!!”.. x salah laungan tu tp yg saya terfikir skrg ni , kenaikan satu persatu yg melanda negara sekarang ni org melayu x rasa ke atau org Melayu dikecualikan ke dengan kenaikan tu?

Sbb tu la kalau betul2 ikut ajaran Islam itu paling bagus.. Kunci kehidupan dalam pemerintahan Islam adalah adil…

" Sesungguhnya telah Kami utus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan Al-Mizan supaya manusia dapat menegakkan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasulNya sedangkan Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat Lagi Maha Perkasa." (Al-Qur'an 57:25)

" Sesungguhnya Allah menyuruh (kalian) berbuat adil dan berbuat ihsan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kalian agar kalian dapat mengambil pelajaran." (Al-Qur'an 16:90) Jika harta Negara dapat diuruskan dengan cukup adil dan amanah, insyallah rakyat akan dapat merasa kemakmuran hidup tanpa tekanan dengan kos yg semakin meningkat kerana menampung kealpaan sesetengah pihak..

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha melihat.” (QS-An Nisa’: 58).

Kita tertipu dengan hak sebenarnya sehinggakan kita menjadi bodoh di dalam membuat penilaian.. kita memandang hak dari sudut yang tidak diajar oleh Islam.. kita tertipu dengan hak harta yang diusahakan oleh orang lain yang terlepas daripada tangan kita dek kebodohan dan sikap malas, seterusnya kita ditanamkan dengan semangat menuntut hak kaum sendiri yang tidak diajar dalam Islam.. akhirnya jika panduan Al-Quran kita tidak ikut, kita sendirilah yang merasa rugi dengan tindakan dangkal kita itu.. Firman Allah di dalam Al-Quran..

" Perumpamaan harta yang mereka nafkahkan di dalam kehidupan dunia ini adalah seperti perumpamaan angin yang mengandungi hawa yang sangat dingin, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri sendiri, lalu angin itu merusaknya. Allah tidak menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (Al-Qur'an 3:117)

" Hai manusia, sesungguhnya Aku ciptakan kalian dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kalian saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah itu adalah orang yang paling bertaqwa di antara kalian." (Al-Qur'an 49:13)

-yang baik itu datang daripada Allah, yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri-

Friday, December 20, 2013

Meminta Maaf & Memberi Kemaafan

Assalamualaikum

First o f all, terima kasih jika ada yang sudi menjengah dan membaca artikel-artikel di blog ini. Untuk santai-santai, saya hanya nak berkongsi sedikit info yang kita selalu dengar dan diharapkan selalulah mengamalkannya.

Meminta maaf dan memberi kemaafan adalah satu perkara yang lebih kurang sama pada pandangan saya tetapi kedua-duanya member impak yang cukup besar dalam kehidupan kita. Perkara yang pada dasarnya senang dilakukan tetapi amat payah untuk dilaksanakan.

Kita ini hanyalah manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan. Kerana itulah kita dianjurkan untuk meminta maaf jika berbuat kesalahan dan memberi kemaafan jika ada orang lain yang berbuat salah pada kita. Meminta maaf bukanlah bererti kita lemah, malahan dengan berbuat demikian, hati kita juga akan berasa lebih lapang. Begitu juga jika memberi maaf, bukanlah bererti kita ini tidak tegas dalam melakukan sesuatu perkara, kerana kedua-duanya adalah perkara yang baik dan sangat dituntut. Kadang-kadang, dengan meminta maaf, hati manusia yang ego juga boleh bertukar jadi lembut.



Meminta maaf tidak terhad pada sesetengah golongan sahaja. Even kalau orang yang lebih tua buat salah pada orang yang lebih muda pun, tidak menjadi suatu kesalahan. Sama sekali tidak akan menjatuhkan maruah seseorang. Its just because, doing good deeds will make you a better person. Ada banyak hadis yang membicarakan soal meminta maaf dan memberi kemaafan ni. Antaranya...

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda :
“Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf ,hendaklah memaafkannya,apakah ia berada dipihak yang benar ataukah yang salah, apabila tidak melakukan hal tersebut (memaafkan) , niscaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat) (HR Al-Hakim)

Dalam Al-Qur’an juga ada menyatakan... “Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang”. ( An-Nur :22)

Kebaikan yang kita lakukan walau sekecil mana sekalipun, kita akan dapat lihat hasilnya. Kalau tidak di dunia, anggaplah kita akan mendapat balasan kebaikan kita itu di akhirat kelak. In sha Allah.
Setiap yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang lemah itu datang dari diri saya. Wallahu’alam.

Friday, November 29, 2013

KESEMPURNAAN MANUSIA ; HIDUP INI ADALAH PILIHAN


Manusia diciptakan sempurna, salah satu tanda kesempurnaan manusia adalah kita boleh melakukan banyak perkara selain dari sekadar ikhtiar kehidupan seperti yang dikurniakan Allah kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan. Namun kesempurnaan kita tidak disusuli dengan kuasa dan keajaiban yang membolehkan kita melakukan semua yang kita inginkan di dalam kehidupan ini. Oleh itu kita perlu memilih corak kehidupan sendiri bersandarkan rezeki dan dugaan dari Allah s.w.t.

Perkara yang paling tinggi di dalam pemilihan manusia adalah kepercayaan. Bagi manusia yang memilih untuk mempercayai sesuatu jadi mereka harus menanggung segala baik dan buruk daripada kepercayaan tersebut. Sebab itulah kita dikurniakan akal dan hati untuk rajin mencari kebenaran di dalam kehidupan, kemudian hidayah Allah yang menjadi klimaks penentu arah tuju jalan yang kita pilih.

Begitu jugalah halnya di dalam kehidupan ini, bagi mereka yang memilih untuk terlalu rajin mencari kepuasan di dalam kehidupan maka mereka juga harus menempuhi kesukaran di dalam mencari kepuasan tersebut.


 

 

Friday, November 8, 2013

JIKA KAU DIBERI PILIHAN UNTUK KEMBALI KE MASA LAMPAU

JIKA KAU DIBERI PILIHAN UNTUK KEMBALI KE MASA LAMPAU Apabila kita ditanya, "sepanjang hidup kau, zaman manakah yang paling kau suka?" Ataupun ada yg bertanya, "jikalau kau boleh kembali ke masa lampau, kau nak kembali pada masa bila?" Ada yang akan menjawab, "aku plg suka @ kalau aku boleh kembali aku nak kembali ketika zaman aku kanak-kanak, ataupun ada yang menjawab ketika zaman persekolahan atau zaman di IPT".

Hanya sedikit sangat yang akan menyatakan "seumur hidup aku, zaman yang paling aku suka adalah pada saat ini dan ketika ini." Ataupun x ramai yg akan menjawab, "aku tak mahu kembali pada masa lampau walaupun aku diberi peluang untuk kembali, aku lebih suka masa di mana saat aku berada sekarang ini".

Ramai yang memilih zaman lampau berdasarkan beberapa faktor, antaranya adalah kerana kesusahan dan ujian Allah pada ketika ini, ataupun ada yang hendak memperbaiki sesuatu kesilapan yang telah mereka lakukan pada masa lampau. Ada juga yang memilih masa lampau kerana mereka sememangnya terlalu merindui atau menyukai zaman tersebut.

Inilah antara mainan syaitan sebenarnya untuk mengkhayalkan kita dengan masa lampau. Supaya kita sering termenung, kalaulah aku boleh kembali kan best. Supaya kita lupa dan tidak bersyukur apa yg Allah telah berikan kepada kita pada saat ini kerana terlalu membandingkan dengan masa lampau. Dan yang paling penting syaitan nak khayalkan kita supaya dengan merindui masa lampau kita tidak mempercayai qada dan qadar ketentuan Allah…

Sebenarnya walaupun kita menghadapi kesusahan pada masa ini, inilah yang terbaik sebenarnya kerana kesusahan inilah yang memungkinkan kita merasai Jannahnya. Walaupun zaman dan ketika ini tidak sehebat zaman lampau kita, hargailah apa yang telah Allah berikan kepada kita pada saat ini, kerana sebenarnya inilah rezeki ketetapan Allah pada kita bermakna inilah yang terbaik untuk kita. Kata Pak Hamka, apa yang ada inilah harapan kita. Sekiranya masa lampau kita dipenuhi dosa, bertaubatlah. Manjakan diri kepada Allah kerana Allah suka bila hambanya bertaubat dan manja dengannya.

Hentikanlah bermimpi untuk kembali ke masa lampau.. tiada gunanya khayalan kita itu.. kata imam Al-Ghazali, perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa yang lepas walaupun ianya meninggalkan kita hanya satu saat.. Wallahualam


Monday, November 4, 2013

Salam Hijrah 1435


Sedar tak sedar, kita bertemu kembali dengan Tahun Baru Maal Hijrah. Dan kali ini telah pun menginjak ke 1435 Hijriah. Lazimnya, apabila tibanya tahun baru, tak kiralah tahun baru Islam ataupun Masihi, kita akan dihujani dengan persoalan yang popular “Apa azam tahun baru ni?” dan ada yang selalu membalas “azam tahun lepas pun tak buat lagi.”

Walau apapun pendapat kita, azam itu sememangnya penting dalam hidup sebagai teras untuk memotivasikan diri kita. Sebolehnya azam yang kita tetapkan tidak akan membebankan diri sendiri supaya azam itu boleh segera dilakukan dan tidak akan tertangguh. Sebagai contoh, azam tahun ini adalah untuk lebih kerap membaca Al-Qur’an. Namun begitu, setiap perkara yang melibatkan perubahan, buatlah secara berperingkat-peringkat agar apa yang kita azam boleh disempurnakan sebaik mungkin. Ini kerana perubahan yang mendadak barangkali boleh memberi tekanan pada diri seseorang.

Menyingkap kembali sejarah penghijrahan Rasulullah pada tahun 622 masihi. Apabila kaum Kafir Mekah merancang ingin membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Malaikat Jibrail menemui Baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Baginda mengajak sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq untuk menemani Baginda sepanjang perjalanan itu. Selain itu, Baginda juga berjumpa dengan Ali bin Abi Talib memberitahu penghijrahan Baginda nak meminta beliau menggantikannya di rumah Baginda.

 

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu.  


 Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr as tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah SAW menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Semoga apa yang kita lakukan dalam kehidupan yang sementara ini mendapat hidayah dan petunjuk serta diredhai Allah s.w.t hendaknya.

 

Monday, September 30, 2013

Syria, Mujahidin dan Syahid

Assalamualaikum...

Untungnya para mujahidin yg sekarang ini sedang berkumpul di syria, mungkin mrklah golongan pertama tentera2 Allah bersama imam Mahdi yg akan menyambut keluarnya Almasih Isa Ibni Maryam yg sudah pasti keluarnya baginda dr bumi syam...


Jika ditakdirkan kita sempat hidup ketika berlakunya perang akhir zaman, doakan supaya kita berani menjadi salah seorang tentera Mujahidin nnt.. In sya Allah.. Allah berfirman Tamanna Ya Abdih, berharaplah (azamlah) wahai hambaku.. harapan yg paling penting adalah mengekalkan iman dan tauhid sehingga kiamat kita berlaku (kematian atau kiamat besar)..
Wallahu'alam.



Tuesday, August 20, 2013

Doaku Untuk Syria...

Assalamualaikum...

Aku pernah pergi ke Aceh seminggu selepas peristiwa Tsulami berlaku bersama rakan-rakan daripada Mercy Malaysia dan aku juga pernah merasa pergi ke bumi Kemboja melihat hasil kekejaman Pol Pot bersama rakan-rakan INMIND di bawah SUK Selangor.. sedikit sebanyak dapat aku hayati begitu sengsaranya kehidupan ini setelah dijuji Allah dengan sedemikian rupa..

Aku belum pernah merasa dan mungkin tidak sempat untuk merasa untuk pergi melihat bagaimana sengsaranya saudara kita di bumi Syria dan Mesir sekarang ini.. Aku akui jikalau dipelawa untuk pergi kesana mungkin aku terpaksa menolak di atas alasan aku sudah mempunyai anak-anak untuk dibesarkan… Apalagi balasan yang Allah akan berikan kepada saudara-saudara kita di sana melainkan syurga kerana mereka telah merasa dukacita dengan ujian kehidupan yang begitu berat. Apalah sangat dugaan yang telah kita rasa setakat ini di dalam hidup kita jika hendak dibadingkan dengan mereka?
Sempena Lebaran ini aku menyeru diriku dan sahabat-sahabat sekalian supaya kita bertindak lebih daripada sekadar menghayati dukacita mereka dengan menanamkan sedikit jihad di dalam hati dan bertindak walaupun hanya sekadar dengan menghulurkan bantuan kewangan..

Ingat firman Allah S.W.T.. "Setelah Ahli-Ahli syurga masuk ke dalam syurga, mereka bersyukur dan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);" Fatir 34

Firman Allah ini mengingatkan kita bahawa manusia yang masuk ke dalam syurga nanti adalah mereka yang mempunyai dukacita masing-masing semasa hidup di dunia.. Rata-rata dukacita kita sebagai orang Islam di bumi Malaysia ini kecil sahaja.. Bahkan kita lebih banyak bergembira seperti menyambut kedatangan Hari Raya pada hari ini.. Jadi bantulah mereka dengan cara terbaik mengikut kemampuan kita….