Sunday, October 19, 2014

Jika kau malu dengan Islam agamamu, maka.....

Assalamualaikum..
Secebis puisi buat ingatan kita bersama...

Jika kau malu dikatakan kolot kerana Islam membataskan pergaulan lelaki dan perempuan... maka carilah agama lain..

Jika kau malu dengan Islam yang menyuruhmu menutup aurat.. maka carilah agama lain..

Jika engkau malu dianggap hina bila Islam menggalakkanmu untuk mengikuti sunnah Nabi.. berjanggut.. berkopiah dan lain2.. maka carilah agama lain..

Jika kau malu dengan Islam yang menghadkan engkau untuk mengejar hiburan, maka carilah agama lain...

Jika kau malu dengan Islam yang menetapkan peraturan di dalam kehidupan.. maka pergilah kau cari agama yang lain...

Jika kau malu dikatakan tidak berfikiran terbuka terhadap apa yang Islam larang.. maka carilah agama lain...

Jika kau malu solat, puasa dan ibadah wajib yang telah Islam tetapkan membataskan masamu bekerja.. maka carilah agama lain...

Jika kau malu hidup dengan mereka yang menjaga agama dengan baik, maka mati kelak pesanlah supaya jasadmu tidak disimpan di tanah perkuburan Islam..

Mungkin ada diantara kita ada alasan tersendiri mengapa kedaifan ini berlaku di dalam kehidupan kita.. tetapi jangan sesakali kekilafan yg kita lakukan itu adalah kerana malu dengan ajaran Islam yang merupakan tiket untuk kita kesyurga...

Either you want to take it or you leave it..


Wednesday, July 9, 2014

Kesedaran di antara Piala Dunia & Gaza


Assalamualaikum..kepada semua pembaca budiman...
Selesai sekejap isu Brazil kalah.. skrg fokuskan pula perhatian kita terhadap isu yg jauh lebih besar.. Israel sedang bermaharajalela di saat kita meraikan @ meratapi pasukan pilihan masing2.. kita sedang berpuasa, sekurang2nya tindakan paling lemah kita boleh harapkan sekarang adalah makbulnya doa orang yang ikhlas dan bersungguh2 menunaikan Ibadah puasa.. Kekejaman Anti Islam di serata dunia sekarang seakan2 sedang berada di kemuncaknya, tetapi kesedaran & tindakan kita sedang berada di tahap yang cukup tepat telah diungkapkan oleh Rasulullah S.A.W bahawa umat ini sebahagian besar begitu lemah seperti buih di tepi pantai...

Bangkitlah walaupun sekejap.. di dalam kita terus menceritakan isu bola sepak, sebarkan sekejap ancaman yang sedang dihadapi oleh saudara kita di luar sana demi memberi kesedaran kepada saudara kita yang lain.. sekurang2nya bila semua di antara kita sedar dan berdoa terdapat seorang daripada kita yang Allah makbulkan doanya.. Amin..
Takbir!!! Allahuakbar!!!
 



Tuesday, July 8, 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Kalaulah ini Ramadhan terakhir sebelum kita mati atau ini Ramadhan terakhir sebelum terbitnya matahari dari sebelah barat, rugi dan pasti menyesal kepada barangsiapa yang menghidupkan malam2 mereka dengan "qiam" (berdiri/berjaga) menonton world cup.....

Ramadhan bulan pengampunan sehingga Rasulullah bersabda setelah diberitahu Malaikat Jibril a.s ketika berkhutbah di atas mimbar "Celakalah bagi... seseorang manusia yg dapat peluang untuk berjumpa dengan bulan Ramadhan dan tiba2 Ramadhan itu berlalu begitu sahaja & dia tidak mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t"...

Sesungguhnya pengampunan Allah itu adalah penentu kehidupan sedangkan world cup hanyalah hiburan yang Allah izinkan ianya tercipta untuk menguji kita....
kemenangan pasukan yang kita pilih di piala dunia hanyalah sejarah dunia dan kepuasan yang sementara tetapi kemenangan kita mendapat Redha dan Pengampunan daripada Allah adalah sejarah yang kekal dan kepuasan mendapat syurga yang berkekalan bagi diri kita...

wallahualam...
sebagai manusia biasa kami wajib ada melakukan kesilapan.. kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan kemaafan kepada sahabat sekalian.. semoga Ramadhan kali ini dapat meletakkan kita di dalam golongan orang2 yang bakal memasuki Jannahnya.. Amin..

MENGHADAPI FITNAH PALING BESAR DALAM SEJARAH MANUSIA..

 Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)

Mungkin ada yang tertanya2.. Jika kita tidak menghafal surah Al- Kahfi sekalipun bagaimana kita masih boleh mengikuti Fitnah dajjal kerana kita sudah ada ilmu dan sedia maklum bagaima...na cara-cara dajjal menyesatkan kita apabila dia keluar suatu hari nanti.
Pesan Rasulullah s.a.w....

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya sendiri.

Apabila Nabi meninggalkan pesan kepada kita perihal cara terbaik untuk menghadapi fitnah dajjal, wajib dan pasti ianya bukan suatu perkara yang remeh temeh.. Jangan kita membangga diri dengan berkata sudah cukup dengan ilmu kita sudah mampu menghadapi fitnah dajjal kerana kita hanya ada pengetahuan tetapi kita masih belum merasai bagaimana hebatnya fitnah tersebut nanti...

Mari kita berfikir, sedangkan fitnah politik, skandal seks, pembunuhan VIP, pelbagai pendapat spekulasi kehilangan pesawat dan pelbagai kekeliruan yang lain berlaku di negara kita ini pun kita tidak tahu siapakah sebenarnya yang benar dan siapakah yang salah.. kita mungkin yakin di sebelah pihak, tetapi kepada mereka yang berfikir kembali kita sebenarnya tiada bukti kukuh terhadap kebenaran yang kita percayai dari fitnah tersebut...sebab itulah nabi berpesan kepada kita, sekiranya datang Fitan sebegitu orang yang paling jauh dengannya adalah orang yang paling selamat..

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah Shallallahu’alaihi Wa Sallam bersabda, “Akan terjadi fitnah-fitnah (di akhir zaman) yang duduk di atasnya lebih baik dari yang berdiri, yang berdiri diatasnya lebih baik dari yang berjalan, dan yang berjalan di atasnya lebih baik dari yang berlari. Dan barangsiapa yang menampakkan diri di dalam fitnah maka dia akan mendapatinya dan barangsiapa yang menemui tempat berlindung darinya maka hendaklah dia berlindung.” [HR. Bukhari dan Muslim]

Fitnah-finah seperti yang saya sebutkan di ataspun kita tidak tahu sebenarnya yang mana satu kesahihannya, inikan pula fitnah aqidah yang dibawa oleh dajjal laknatullah yang menjadi penentu kepada syurga dan neraka kepada manusia yang ditakdirkan untuk melaluinya nanti...

Janganlah kita bertangguh lagi untuk segera bertaubat dan melakukan apa yang dituntut kerana kita sedia maklum apa yang dinamakan kehidupan ini adalah pelbagai kemunkinan boleh berlaku kepada kita..

"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Sahabat sekalian.. mulai saat ini marilah bersama-sama kita berusaha untuk menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir suratulkafh.. semoga kita semua dapat melepasi ujian-ujian hebat Allah azzawajalladi dalam kehidupan yg sementara ini.. InsyaAllah… Terima kasih kerana sudi membaca.. harap dapat kongsikan kepada sahabat yang lain.. Syukran.. Jazakallahhu Khairan..
-Farsyad-

Aurat Oh Aurat

Anak2.. Adik2.. Kakak2.. Makcik2 sekalian..

Tutuplah auratmu, klu dh mati semua jasadmu akan ditutup..

x perlulah kau berfesyen yg melanggar syariat, kain kafan tiada berfesyen..
...
jagalah aurat dirimu daripada perhatian org, di dalam kubur tiada siapa lg yg blh melihat dirimu..

tidak perlulah engkau berbangga mempamirkn bentuk dirimu, kelak hanya rangka yg akan tinggal dari badanmu..

tutuplah aurat walaupun panas krn di dlm kubur tiada berkipas, hanya amalan pengukur keselesaanmu..

biarlah org mengata dirimu tidak berpakaian mengikut zaman, di sana nnt engkau sudah tidak pedulikn kata2 manusia lg dan mrk juga akan melalui barzah yg tiada berzaman..

tiada guna menunjukkn harta dgn fesyen yg dimurkai Allah.. hanya amalan soleh yg akan membezakn pakaian kita selepas dibangkitkn semula nnt..

syariat berpakaian ini ujian Allah, kelak di akhirat kita dibangkitkan tanpa pakaian.. tahanlah & jagalah auratmu hidup ini sementara.. waalahhualam

Friday, April 11, 2014

TERLAKSANANYA HUDUD DI NUSANTARA

Assalamualaikum..
 
Salam keberkatan untuk para pembaca yang budiman, semoga sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah s.w.t hendaknya.
 
Brunei dah ishtiharkn hudud, kelantan insya Allah tahun depan.. jika ditakdirkn berlaku sesuatu kpd dunia & perintah Allah ini tidak sempat dilaksanakn sekurang2nya para rain di kelantan & brunei ada sesuatu yg Hasanah untuk dijawab di hadapan Allah kelak.. Alhamdulillah.. sudah tertegaknya hukum Islam di Nusantara ini..

Tak dapat dinafikan terima kasih juga perlu dihulurkan kepada pemerintahan ...Dato' Seri Najib.. tak kisah la walau apa pun orang kata, ada yang kata beliau cuma hendak menguji kerajaan Kelantan nak urus mcm mana hudud tu nnt.. ataupun ada yang kata beliau membenarkan kerana terpaksa.. walau apa juga kata2 org, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dah cuba 23 tahun tetapi belum diizinkan Allah atas musabab ada tangan2 yg tidak membenarkan ianya terlaksana dengan pelbagai alasan diberikan..

Kita harap niat PM yang tidak menghalang seperti pemerintah sebelum ini ikhlas dan beliau juga akan dapat saham yang baik di akhirat kelak...

MCA & DAP nk kata apa pun biar la yg penting ianya dah tiada masalah utk dilaksanakn.. jalankan dulu biar mrk tengok keindahan hukum Allah.. Amin.. Takbir...
 
 

Sunday, March 30, 2014

Hidayah Kepada Rakan-Rakan Non Muslim….

Assalamualaikum...

Berbicara bersama beberapa rakan bukan Muslim membuatkan saya teringat sebenarnya ramai bukan muslim sebelum ini sering mengungkapkan kata-kata "walaupun saya bukan muslim tetapi saya tidak minum arak, buat maksiat dan sebangainya"......
Kata-kata mereka itu sebenarnya jauh di sudut hati mengianya kejernihan ajaran Islam di dalam kehidupan yang mengajar umatnya apa yang perlu dibuat dan apa yg tidak perlu dibuat...
Ini adalah kerana Allah yang detikkan mereka berkenaan Islam tetapi di sebabkan kurangnya jihad dakwah dikalangan kita dan teruknya tingkahlaku dan akhlak sebahagian Umat Islam hari ini menidakkan mereka dari menerima petunjuk kebenaran Islam...
Firman ALLAH SWT: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap ALLAH sedang dia diajak kepada agama Islam? Dan ALLAH tiada memberi petunjuk kepada orang yang zalim. Mereka hendak memadamkan cahaya ALLAH dengan mulut mereka, dan ALLAH tetap menyempurnakan cahayaNYA meskipun orang-orang kafir benci. Dialah yang mengutus RasulNYA dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar DIA memenangkan atas segala agama meskipun orang-orang musyrik benci ” (As-Saff: 61:7-9)
kepada mereka yang mempunyai ramai rakan-rakan bukan Muslim tanamkan niat di dalam hati untuk berjihat memberi tunjuk ajar kepada mereka perihal kebenaran Islam
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik…” [An Nahl 125]
Jazakallahhu Khairan Terima Kasih kerana sudi membaca...

Selamat Berdakwah... Takbir....


Mesir, Syria , Palestin & Tanda Kiamat....

Assalamualaikum...

Apa Ikhwan n mujahidin sunnie akan buat lepas ni? campur tangan yahudi di sebalik syiah dah semakin ketara.. dunia apa yg kita akan lihat selepas ni..

tetapi yg pasti perkara yg dinyatakan oleh Rasulullah ini pasti akan berlaku..

Hadith nabi SAW yg membicarakan ttg peperangan armageddon:” kamu akan mengadakan perdamaian dgn bangsa Rum dlm kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan menadpat harta rampasan perang yg byk, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yg luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang leleki Rum. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut , kemudian tentera Rum mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera , dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera”- Hadith sahih riwayat Imam Ahmad,Imam Abu Daud dan Ibnu Majah

Selagi mana negara2 Islam "tidak sedar" saudara di Mesir, Syria & Palestin dizalimi selagi itulah kita akan "disedarkn" dengan pelbagai dugaan....

untuk keluarga MH370 bersabarlah.. mmg berat utk terima... sbb tu Allah berfirman..

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan. Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. (As-Shuraa, 42: 32-33)

Saya percaya bagi sahabat yang sering mengikuti tazkirah samada di masjid, surau ataupun di medan maya banyak mendengar perkara yang sama dengan saya...

Sedar atau tidak pada tahun ini, kebanyakkan ceramah tazkirah yang kita dengar, ramai ustaz dan ilmuan agama tidak terlepas mengatakan semakin hampirnya kita kepada kiamat...

Apakah kata2 mereka ini hanyalah pendapat atau disulami dengan ilmu ataupun rasyada (petunjuk) daripada Allah?

Rasulullah bersabda: "Takutilah kepada firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah" (Riwayat Tabarani & Tirmidzi)



Media Sosial - Forward Oh Forward..

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca...moga sentiasa dirahmati Allah s.w.t selalu hendaknya...

Tiba – tiba terdetik satu perkara.. sy mengakui sebelum ini ada melakukan perkara terebut.. tp insya Allah dengan kesedaran ini saya harap dapat mengubah diri sendiri dan sahabat semua..

hari ini ramai orang yg suka sgt share cerita2 lucu dan gambar2 yg menunjukkan kejahilan seseorang di media sosial samada fb , whatsapp dll.. kemudian kita bergelak ketawa de...ngan cerita dan gambar kejahilan manusia yg disebarkan itu… terfikirkah anda dalam gelak ketawa kita itu mungkin ianya akan menjadi satu saham dosa yg sia2 kita lakukan..

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sedar tidak sedar budaya ini jugalah yg menyebabkan kita sentiasa hendak mencari cerita gambar2 perihal seseorg dan berlumba2 menyebarkan gambar2 itu secepat mungkin supaya dapat menjadi bukti menandakan kita org terawal yg memiliki gambar2 terebut…

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hujuraat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ”

Paling bahaya adalah di dalam kita setiasa hendak mencari berita2 dan gambar2 sensasi yg lucu ini, kita sudah tidak ambil peduli tentang kesahihan sesuatu cerita atau gambar tersebut.. ini bermakna secara tidak lansung kita tidak kisah menyebarkan sesuatu yg mungkin ianya adalah fitnah asalkan dapat menyebarkan berita tersebut kepada rakan2..

Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Wallahualam