Assalamualaikum..
Secebis puisi buat ingatan kita bersama...
Jika kau malu dikatakan kolot kerana Islam membataskan pergaulan lelaki dan perempuan... maka carilah agama lain..
Jika kau malu dengan Islam yang menyuruhmu menutup aurat.. maka carilah agama lain..
Jika engkau malu dianggap hina bila Islam menggalakkanmu untuk
mengikuti sunnah Nabi.. berjanggut.. berkopiah dan lain2.. maka carilah
agama lain..
Jika kau malu dengan Islam yang menghadkan engkau untuk mengejar hiburan, maka carilah agama lain...
Jika kau malu dengan Islam yang menetapkan peraturan di dalam kehidupan.. maka pergilah kau cari agama yang lain...
Jika kau malu dikatakan tidak berfikiran terbuka terhadap apa yang Islam larang.. maka carilah agama lain...
Jika kau malu solat, puasa dan ibadah wajib yang telah Islam tetapkan membataskan masamu bekerja.. maka carilah agama lain...
Jika kau malu hidup dengan mereka yang menjaga agama dengan baik, maka
mati kelak pesanlah supaya jasadmu tidak disimpan di tanah perkuburan
Islam..
Mungkin ada diantara kita ada alasan tersendiri mengapa
kedaifan ini berlaku di dalam kehidupan kita.. tetapi jangan sesakali
kekilafan yg kita lakukan itu adalah kerana malu dengan ajaran Islam
yang merupakan tiket untuk kita kesyurga...
Either you want to take it or you leave it..
