Assalamualaikum...
Tahukah kita apakah
ancaman sebenar umat Islam hari ini? Adakah ancaman utama umat Islam hari ni
adalah isu kalimah Allah? Adakah ancaman murtad? Atau ancaman bersifat fizikal
seperti meruntuhkan masjid, azan tidak boleh didengar dan sebagainya? Bagi saya ancaman bersifat fizikal ini amat
mustahil memandangkan kita masih majoriti melainkan sekiranya ianya benar2 akan
terjadi, umat Islam pada ketika itu takut untuk berjihad menentang ancaman
tersebut.
Bagi
saya ancaman umat islam yang sebenar adalah dari sudut aqidah dan pegangan umat
Islam itu sendiri. Ancaman longgarnya pegangan agama itu lebih besar kerana
jika pegangan agama itu kuat, isu2 aqidah tidak akan terjadi. Antara ancaman
sebenar masa depan umat islam yang saya maksudkan adalah:
1) apabila
umat islam lebih menyayangi movie dan hiburan daripada datang mendengar ceramah
agama.
2) apabila
ibu bapa sendiri tidak mampu mengajar anak2 mereka mengaji Al-Quran sudahnya
terpaksa bergantung 100% kepada guru agama yang belum pasti boleh memberikan
tumpuan sepenuhnya. Itulah yang pengalaman saya apabila mengendalikan program2
ibadah. Apabila ditanya kenapa tidak boleh mengaji mereka menyatakan lepas
khatam dengan guru terus tidak dipraktikkan di rumah.
3) apabila
ramai ibu bapa lebih menitikberatkan pencapai akademik anak2 berbanding ilmu
fardhu ain. Ingat… runtuhnya kerajaan Khalifah
Bani Umayyah adalah kerana ilmu dunia diutamakan dan Ilmu
akhirat diketepikan.
4) ancaman
kepada islam juga terjadi apabila islam tidak takut melakukan dosa seperti
meninggalkan solat, minum arak dan berzina kerana hukuman yang terlalu ringan
dikenakan.
5) ancaman
umat Islam hari ini adalah apabila mereka lebih rela melakukan rasuah di dalam
mendapatkan projek kerana bagi mereka kalau tidak ada rasuah pastinya projek
tersebut akan jatuh tangan bukan Islam. (lebih rela mendapat rezeki yang tidak
berkat demi bersaing dengan orang lain).
6) aqidah
umat islam juga akan terancam apabila mereka sanggup melepaskan dan tidak
menghormati waktu beribadat (maghrib – isyak) semata mata mahu melepaskan
dahaga terhadap hiburan di TV dan sebagainya.
7) umat
Islam hari ini juga terancam kerana mereka malu dengan suruhan agama mereka,
malu untuk menutup aurat, malu untuk berubah menjadi baik, malu bila orang
menyatakan yang kita tidak (open) terbuka, dan malu untuk datang mendengar ilmu agama
seperti di dalam hadith
"Rasulullah SAW sedang duduk di masjid bersama orang ramai ketika
menyampaikan ceramahnya, tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua daripada
mereka mendatangi Nabi SAW., sedang yang seorang lagi terus pergi begitu saja.
Seorang daripada mereka mencari-cari ruang yang kosong dalam majlis itu, lalu
dia duduk di situ. Dan yang seorang lagi terus duduk di belakang.
Setelah Rasulullah SAW.
selesai memberikan pengajian, Baginda bersabda yang bermaksud, 'Perhatikanlah,
kuberitahukan kepada anda sekalian tentang orang yang bertiga itu. Seorang
antaranya mencari tempat di sisi Allah, maka Allah melapangkan tempat baginya.
Orang kedua malu-malu maka Allah malu pula padanya. Dan orang yang ketiga jelas
berpaling , maka Allah berpaling pula daripadanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
8) & banyak lagi sebenarnya kalau nak disenaraikan.
Muslimin
/ Muslimat.. ancaman umat Islam yang paling ketara hari ini adalah apabila kita
hanya berbicara dan mahu menepis perkara yang kita takutkan daripada orang
bukan Islam tetapi dalam masa yang sama kita tidak takut terancam dari segi
aqidah dan pegangan kita sebagai seorang Islam.
Saya
ingin bertanya.. jikalau di negara kita benar2 tiada langsung ancaman daripada
orang bukan Islam, adakah tuan/puan boleh melakukan perkara-perkara seperti
yang saya nyatakan di atas seperti mengimarahkan masjid, menutup aurat,
mengutamakan waktu ibadah, mentarbiah sendiri keluarga masing2 dan sebagainya…
(kalau boleh Alhamdulillah dengan adanya semua ini, insyallah tiada apa yang
boleh mengancam akidah orang Islam)
Akhirnya..
saya tidak nafikan adanya ancaman daripada orang bukan islam.. kerana ia lumrah
sejak dari dulu lg.. mereka juga ingin menyebarkan apa yang mereka percaya.. tetapi ingatlah ancaman sebenar kita adalah
diri kita sendiri yang sememangnya cintakan Islam tetapi kita tewas dengan
nafsu duniawi.. wallaualam.

