Wednesday, February 12, 2014

Ancaman sebenar umat Islam

Assalamualaikum...

Tahukah kita apakah ancaman sebenar umat Islam hari ini? Adakah ancaman utama umat Islam hari ni adalah isu kalimah Allah? Adakah ancaman murtad? Atau ancaman bersifat fizikal seperti meruntuhkan masjid, azan tidak boleh didengar dan sebagainya?  Bagi saya ancaman bersifat fizikal ini amat mustahil memandangkan kita masih majoriti melainkan sekiranya ianya benar2 akan terjadi, umat Islam pada ketika itu takut untuk berjihad menentang ancaman tersebut.

Bagi saya ancaman umat islam yang sebenar adalah dari sudut aqidah dan pegangan umat Islam itu sendiri. Ancaman longgarnya pegangan agama itu lebih besar kerana jika pegangan agama itu kuat, isu2 aqidah tidak akan terjadi. Antara ancaman sebenar masa depan umat islam yang saya maksudkan adalah:

1)    apabila umat islam lebih menyayangi movie dan hiburan daripada datang mendengar ceramah agama.

2)    apabila ibu bapa sendiri tidak mampu mengajar anak2 mereka mengaji Al-Quran sudahnya terpaksa bergantung 100% kepada guru agama yang belum pasti boleh memberikan tumpuan sepenuhnya. Itulah yang pengalaman saya apabila mengendalikan program2 ibadah. Apabila ditanya kenapa tidak boleh mengaji mereka menyatakan lepas khatam dengan guru terus tidak dipraktikkan di rumah.

3)    apabila ramai ibu bapa lebih menitikberatkan pencapai akademik anak2 berbanding ilmu fardhu ain. Ingat… runtuhnya kerajaan Khalifah Bani Umayyah  adalah kerana ilmu dunia diutamakan dan Ilmu akhirat diketepikan.

4)    ancaman kepada islam juga terjadi apabila islam tidak takut melakukan dosa seperti meninggalkan solat, minum arak dan berzina kerana hukuman yang terlalu ringan dikenakan.

5)    ancaman umat Islam hari ini adalah apabila mereka lebih rela melakukan rasuah di dalam mendapatkan projek kerana bagi mereka kalau tidak ada rasuah pastinya projek tersebut akan jatuh tangan bukan Islam. (lebih rela mendapat rezeki yang tidak berkat demi bersaing dengan orang lain).

6)    aqidah umat islam juga akan terancam apabila mereka sanggup melepaskan dan tidak menghormati waktu beribadat (maghrib – isyak) semata mata mahu melepaskan dahaga terhadap hiburan di TV dan sebagainya.

7)    umat Islam hari ini juga terancam kerana mereka malu dengan suruhan agama mereka, malu untuk menutup aurat, malu untuk berubah menjadi baik, malu bila orang menyatakan yang kita tidak (open) terbuka,  dan malu untuk datang mendengar ilmu agama seperti di dalam hadith

"Rasulullah SAW sedang duduk di masjid bersama orang ramai ketika menyampaikan ceramahnya, tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua daripada mereka mendatangi Nabi SAW., sedang yang seorang lagi terus pergi begitu saja. Seorang daripada mereka mencari-cari ruang yang kosong dalam majlis itu, lalu dia duduk di situ. Dan yang seorang lagi terus duduk di belakang.

Setelah Rasulullah SAW. selesai memberikan pengajian, Baginda bersabda yang bermaksud, 'Perhatikanlah, kuberitahukan kepada anda sekalian tentang orang yang bertiga itu. Seorang antaranya mencari tempat di sisi Allah, maka Allah melapangkan tempat baginya. Orang kedua malu-malu maka Allah malu pula padanya. Dan orang yang ketiga jelas berpaling , maka Allah berpaling pula daripadanya."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8)    & banyak lagi sebenarnya kalau nak disenaraikan.

Muslimin / Muslimat.. ancaman umat Islam yang paling ketara hari ini adalah apabila kita hanya berbicara dan mahu menepis perkara yang kita takutkan daripada orang bukan Islam tetapi dalam masa yang sama kita tidak takut terancam dari segi aqidah dan pegangan kita sebagai seorang Islam. 

Saya ingin bertanya.. jikalau di negara kita benar2 tiada langsung ancaman daripada orang bukan Islam, adakah tuan/puan boleh melakukan perkara-perkara seperti yang saya nyatakan di atas seperti mengimarahkan masjid, menutup aurat, mengutamakan waktu ibadah, mentarbiah sendiri keluarga masing2 dan sebagainya… (kalau boleh Alhamdulillah dengan adanya semua ini, insyallah tiada apa yang boleh mengancam akidah orang Islam)

Akhirnya.. saya tidak nafikan adanya ancaman daripada orang bukan islam.. kerana ia lumrah sejak dari dulu lg.. mereka juga ingin menyebarkan apa yang mereka percaya..  tetapi ingatlah ancaman sebenar kita adalah diri kita sendiri yang sememangnya cintakan Islam tetapi kita tewas dengan nafsu duniawi.. wallaualam.




No comments:

Post a Comment