Sunday, March 30, 2014

Hidayah Kepada Rakan-Rakan Non Muslim….

Assalamualaikum...

Berbicara bersama beberapa rakan bukan Muslim membuatkan saya teringat sebenarnya ramai bukan muslim sebelum ini sering mengungkapkan kata-kata "walaupun saya bukan muslim tetapi saya tidak minum arak, buat maksiat dan sebangainya"......
Kata-kata mereka itu sebenarnya jauh di sudut hati mengianya kejernihan ajaran Islam di dalam kehidupan yang mengajar umatnya apa yang perlu dibuat dan apa yg tidak perlu dibuat...
Ini adalah kerana Allah yang detikkan mereka berkenaan Islam tetapi di sebabkan kurangnya jihad dakwah dikalangan kita dan teruknya tingkahlaku dan akhlak sebahagian Umat Islam hari ini menidakkan mereka dari menerima petunjuk kebenaran Islam...
Firman ALLAH SWT: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap ALLAH sedang dia diajak kepada agama Islam? Dan ALLAH tiada memberi petunjuk kepada orang yang zalim. Mereka hendak memadamkan cahaya ALLAH dengan mulut mereka, dan ALLAH tetap menyempurnakan cahayaNYA meskipun orang-orang kafir benci. Dialah yang mengutus RasulNYA dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar DIA memenangkan atas segala agama meskipun orang-orang musyrik benci ” (As-Saff: 61:7-9)
kepada mereka yang mempunyai ramai rakan-rakan bukan Muslim tanamkan niat di dalam hati untuk berjihat memberi tunjuk ajar kepada mereka perihal kebenaran Islam
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik…” [An Nahl 125]
Jazakallahhu Khairan Terima Kasih kerana sudi membaca...

Selamat Berdakwah... Takbir....


Mesir, Syria , Palestin & Tanda Kiamat....

Assalamualaikum...

Apa Ikhwan n mujahidin sunnie akan buat lepas ni? campur tangan yahudi di sebalik syiah dah semakin ketara.. dunia apa yg kita akan lihat selepas ni..

tetapi yg pasti perkara yg dinyatakan oleh Rasulullah ini pasti akan berlaku..

Hadith nabi SAW yg membicarakan ttg peperangan armageddon:” kamu akan mengadakan perdamaian dgn bangsa Rum dlm kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan menadpat harta rampasan perang yg byk, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yg luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang leleki Rum. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut , kemudian tentera Rum mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera , dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera”- Hadith sahih riwayat Imam Ahmad,Imam Abu Daud dan Ibnu Majah

Selagi mana negara2 Islam "tidak sedar" saudara di Mesir, Syria & Palestin dizalimi selagi itulah kita akan "disedarkn" dengan pelbagai dugaan....

untuk keluarga MH370 bersabarlah.. mmg berat utk terima... sbb tu Allah berfirman..

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan. Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. (As-Shuraa, 42: 32-33)

Saya percaya bagi sahabat yang sering mengikuti tazkirah samada di masjid, surau ataupun di medan maya banyak mendengar perkara yang sama dengan saya...

Sedar atau tidak pada tahun ini, kebanyakkan ceramah tazkirah yang kita dengar, ramai ustaz dan ilmuan agama tidak terlepas mengatakan semakin hampirnya kita kepada kiamat...

Apakah kata2 mereka ini hanyalah pendapat atau disulami dengan ilmu ataupun rasyada (petunjuk) daripada Allah?

Rasulullah bersabda: "Takutilah kepada firasat orang mukmin, kerana bahawasanya dia memandang dengan cahaya Allah" (Riwayat Tabarani & Tirmidzi)



Media Sosial - Forward Oh Forward..

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca...moga sentiasa dirahmati Allah s.w.t selalu hendaknya...

Tiba – tiba terdetik satu perkara.. sy mengakui sebelum ini ada melakukan perkara terebut.. tp insya Allah dengan kesedaran ini saya harap dapat mengubah diri sendiri dan sahabat semua..

hari ini ramai orang yg suka sgt share cerita2 lucu dan gambar2 yg menunjukkan kejahilan seseorang di media sosial samada fb , whatsapp dll.. kemudian kita bergelak ketawa de...ngan cerita dan gambar kejahilan manusia yg disebarkan itu… terfikirkah anda dalam gelak ketawa kita itu mungkin ianya akan menjadi satu saham dosa yg sia2 kita lakukan..

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sedar tidak sedar budaya ini jugalah yg menyebabkan kita sentiasa hendak mencari cerita gambar2 perihal seseorg dan berlumba2 menyebarkan gambar2 itu secepat mungkin supaya dapat menjadi bukti menandakan kita org terawal yg memiliki gambar2 terebut…

Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hujuraat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. ”

Paling bahaya adalah di dalam kita setiasa hendak mencari berita2 dan gambar2 sensasi yg lucu ini, kita sudah tidak ambil peduli tentang kesahihan sesuatu cerita atau gambar tersebut.. ini bermakna secara tidak lansung kita tidak kisah menyebarkan sesuatu yg mungkin ianya adalah fitnah asalkan dapat menyebarkan berita tersebut kepada rakan2..

Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Wallahualam 



Wednesday, March 19, 2014

Menunggu Ramadhan

Assalamualaikum...
 
1.10pg.. 18 Jamadilawal 1435.. Pejam celik.. tinggal 100 hari lagi rupanya nak menyambut ketibaan Ramadhan.. Entahla.. mungkin hanya perasaan je kot.. rasanya Ramadhan kali ni Ramadhan yg cukup getir Allah turunkan kepada org Islam.. mungkin perasaan tu datang sbb macam2 berlaku skrg ni... Mengikut perkiraan Falaq, Ramadhan pd tahun ni akan bermula pada mlm Ahad 29 Jun..

Ingin saya kongsikan di sini sebuah hadith yang terdapat sedikit perbahasan di kalangan ulama berkenaan dengan sanatnya..

Dari Abdullah bin Mas’ud ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Apabila kedengaran jeritan (Sayha) pada bulan Ramadhan, maka akan berlaku huru-hara dalam bulan Syawal, dan kabilah-kabilah akan membentuk kumpulan dalam bulan Zulkaedah, dan berlaku pertumpahan darah pada bulan Zulhijjah dan Muharram! Apa yang dilarang/haramkan? “Berkata tiga kali,” Oh, Oh! Rakyat akan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai secara besar-besaran “Telah berkata:” Kami berkata: “Apakah Sayha (menjerit), Wahai Rasulullah?” Beliau berkata: “Ia akan berlaku di pertengahan Ramadan pada pagi Jumaatnya. Berlaku pada pada Ramadan malam Jumaat, dimana satu bunyi yang kuat (Hadda) akan berlaku, yang akan menyedarkan orang yang sedang tidur, wanita muda akan dibawa keluar dari bilik mereka, pada malam Jumaat dimana sepanjang tahun tersebut banyak gempa bumi (dan sangat sejuk). Oleh itu, apabila Ramadhan bermula pada malam Jumaat pada tahun itu, dan anda telah selesai solat Subuh pada hari Jumaat pertengahan Ramadan, ,akan masuklah kedalam rumah, tutup pintu anda, tutup tingkap anda, selimut diri kamu sendiri, dan sumbat telinga anda. Apabila anda mendengar jeritan, turun sujud kepada Allah dan berkata: “Subhanal-Quddus, subhanal-Quddus, rabbunal-Quddus (Maha Suci kepada kemuliaan yang Maha Suci, Maha Suci, Tuhan kami yang Maha Suci). “barangsiapa yang berbuat demikian akan kekal selamat, dan yang tidak melakukan akan musnah”

[Kitab al-Fitan, Nuaim bin Hammad]



Thursday, March 13, 2014

Huraian Ancaman Islam & Melayu

Assalamualaikum…. Sahabat sekalian.. harap diperbetulkan..

Tlg bezakan antara ancaman kpd org Islam dan ancaman kepada org melayu.. ia boleh menyebabkan org ramai keliru di antara jihad menegakkan  islam dan juga perjuangan membela nasib melayu.. kekeliruan ini boleh memberi kesan kpd. sahabat-sahabat kita yang hendak mengenali islam, mereka akan takut untuk mendekati islam kerana terlalu dikaitkan dengan melayu.. jawabla nanti di hadapan Allah bila nama kita disebut kerana disebabkan kita, seorang insan tidak berminat untuk mendekati Islam…

Sebagai contoh yg pertama, ada yg menyatakan habislah orang Islam sekiranya sekolah-sekolah cina menjadi lebih banyak, Apa kaitan dengan Islam dalam isu ni? Memang tiada langsung.. nanti sahabat-sahabat kita yang hendak mendekati islam akan berfikir.. ajaran Islam ini tidak membenarkan sekolah-sekolah lain dibuka ke? Jadi kaitkan isu dengan Melayu sahaja jangan sebut ini ajaran Islam..


Contoh kedua berkenaan dengan university, ada yang mengatakan kalau orang bukan Islam berkuasa maka kemasukkan ke university akan dibuat berdasarkan Merit dan bukan lagi metokrasi … Saya bersetuju perlu adanya metokrasi sekarang kerana pelajar Melayu masih jauh ketinggalan…. Tetapi sekiranya isu ini dikaitkan dengan Islam, orang bukan Islam akan berfikir adakah ajaran Islam ini mahukan umatnya sahaja menguasai universiti walaupun ramai pelajar lain lebih layak? … Jadi orang bukan Islam akan memandang seolah-olah Islam ini tidak adil.. Jadi kaitkan isu dengan Melayu sahaja jangan sebut ini ajaran Islam..

Ketiga soal ekonomi.. Sekiranya orang bukan melayu berkuasa maka habisla ekonomi orang Islam.. Ada orang menyatakan kalau orang bukan melayu menguasai ekonomi maka melayu akan lebih sukar untuk berdaya saing sekaligus juga miskinlah orang Islam kerana majority islam adalah melayu.. 

Jadi sahabat kita beragama lain akan menganggap Islam ini perlukan pelindung untuk mereka mengekalkan ekonomi mereka dan mereka akan menganggap ajaran Islam ni tak nak bagi bangsa dan agama lain kaya.. Sedangkan Islam bukan begitu…

Kalau inilah yang dipegang oleh Abdul Rahman bin Aus sudah tentu dia tidak boleh menjadi antara orang terkaya di kota madinah apabila berhijrah kerana pada ketika itu ekonomi madinah dikuasai oleh orang Yahudi . Sedangkan sebelum berhijrah, arab Quraish memaksa Abdul Rahman Bin Aus meninggalkan semua harta yang dimiliki sekiranya mahu berhijrah bersama Rasulullah…. Abdul Rahman Bin Auf tidak mengharapkan satu dasar ekonomi pun untuk menjadi kaya semula.. Jadi kaitkan isu dengan Melayu sahaja jangan sebut ini ajaran Islam..

Jika ada perkara yang melibatkan ancaman kepada agama Islam berjihadlah demi membela Islam tetapi jika tiada jangan kaitkan dengan Islam… kaitkan dengan Melayu sahaja…


Sebenarnya bg saya yg banyak terancam adalah orang Melayu bukan Umat Islam.. disebabkan rasa terancam itulah orang melayu terpaksa mengancam agamanya sendiri dengan melanggar ajaran Islam demi persaingan seperti rasuah, melabur di tempat-tempat haram, tidak jujur dalam perniagaan, terlalu mementingkan kroni dan sebagainya.. wallahualam