Sedar tak sedar, kita bertemu kembali dengan Tahun Baru Maal
Hijrah. Dan kali ini telah pun menginjak ke 1435 Hijriah. Lazimnya, apabila
tibanya tahun baru, tak kiralah tahun baru Islam ataupun Masihi, kita akan
dihujani dengan persoalan yang popular “Apa azam tahun baru ni?” dan ada yang
selalu membalas “azam tahun lepas pun tak buat lagi.”
Walau apapun pendapat kita, azam itu sememangnya penting
dalam hidup sebagai teras untuk memotivasikan diri kita. Sebolehnya azam yang
kita tetapkan tidak akan membebankan diri sendiri supaya azam itu boleh segera
dilakukan dan tidak akan tertangguh. Sebagai contoh, azam tahun ini adalah untuk
lebih kerap membaca Al-Qur’an. Namun begitu, setiap perkara yang melibatkan
perubahan, buatlah secara berperingkat-peringkat agar apa yang kita azam boleh
disempurnakan sebaik mungkin. Ini kerana perubahan yang mendadak barangkali
boleh memberi tekanan pada diri seseorang.
Menyingkap kembali sejarah
penghijrahan Rasulullah pada tahun 622 masihi. Apabila kaum Kafir Mekah merancang
ingin membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Malaikat Jibrail menemui
Baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan Baginda supaya meninggalkan
Madinah pada waktu malam. Baginda mengajak sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq
untuk menemani Baginda sepanjang perjalanan itu. Selain itu, Baginda juga
berjumpa dengan Ali bin Abi Talib memberitahu penghijrahan Baginda nak meminta
beliau menggantikannya di rumah Baginda.
Malam itu, sekumpulan Quraish
mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka
nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin
Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda.
Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya
Rasulullah SAW bangun dari katil itu.
Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur.
Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish
menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya.
Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr as tidak berada di dalam kerana mulut
gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan
Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke
Makkah.
Kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka
menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai
yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba
perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah
sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan
untuk masa depan.
Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang
sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan
pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga
gembira dapat bertemu Rasulullah SAW. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di
Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku
ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah
tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah
SAW menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat
Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang
megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru
mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah
SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah
adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah
ini sebagai permulaan kalendar Islam.
Semoga apa yang kita lakukan dalam kehidupan yang sementara
ini mendapat hidayah dan petunjuk serta diredhai Allah s.w.t hendaknya.