Hanya sedikit sangat yang akan menyatakan "seumur hidup aku, zaman yang paling aku suka adalah pada saat ini dan ketika ini." Ataupun x ramai yg akan menjawab, "aku tak mahu kembali pada masa lampau walaupun aku diberi peluang untuk kembali, aku lebih suka masa di mana saat aku berada sekarang ini".
Ramai yang memilih zaman lampau berdasarkan beberapa faktor, antaranya adalah kerana kesusahan dan ujian Allah pada ketika ini, ataupun ada yang hendak memperbaiki sesuatu kesilapan yang telah mereka lakukan pada masa lampau. Ada juga yang memilih masa lampau kerana mereka sememangnya terlalu merindui atau menyukai zaman tersebut.
Inilah antara mainan syaitan sebenarnya untuk mengkhayalkan kita dengan masa lampau. Supaya kita sering termenung, kalaulah aku boleh kembali kan best. Supaya kita lupa dan tidak bersyukur apa yg Allah telah berikan kepada kita pada saat ini kerana terlalu membandingkan dengan masa lampau. Dan yang paling penting syaitan nak khayalkan kita supaya dengan merindui masa lampau kita tidak mempercayai qada dan qadar ketentuan Allah…
Sebenarnya walaupun kita menghadapi kesusahan pada masa ini, inilah yang terbaik sebenarnya kerana kesusahan inilah yang memungkinkan kita merasai Jannahnya. Walaupun zaman dan ketika ini tidak sehebat zaman lampau kita, hargailah apa yang telah Allah berikan kepada kita pada saat ini, kerana sebenarnya inilah rezeki ketetapan Allah pada kita bermakna inilah yang terbaik untuk kita. Kata Pak Hamka, apa yang ada inilah harapan kita. Sekiranya masa lampau kita dipenuhi dosa, bertaubatlah. Manjakan diri kepada Allah kerana Allah suka bila hambanya bertaubat dan manja dengannya.
Hentikanlah bermimpi untuk kembali ke masa lampau.. tiada gunanya khayalan kita itu.. kata imam Al-Ghazali, perkara yang paling jauh dengan kita adalah masa yang lepas walaupun ianya meninggalkan kita hanya satu saat.. Wallahualam
No comments:
Post a Comment