Sunday, November 22, 2015

SEBENARNYA KITA CUMA MENGHITUNG HARI...

Assalamualaikum

Semoga hari-hari yang kita lalui sentiasa dipayungi rahmat-Nya..

Hari perhitungan dirasakan masih lambat kepada sebahagian mereka yang masih sihat & sedang menikmati kesenangan hidup tetapi dirasakan begitu hampir kepada mereka yang sedang diuji dengan penyakit dan dugaan perit di dalam kehidupan....
Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.

”اكثروا ذكر هادم اللذات”

Ertinya, “Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.

Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya; “Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang leleki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda: Siapakah orang mukmin yang afdzal?

Jawab baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”.
Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang sempurna akalnya?

Jawab Baginda:

“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”

Ertinya: “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya”.

Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya; sabda Nabi s.a.w.

“الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله “.

Ertinya; “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal”.

Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya, sabda Nabi s.a.w.

“اكثروا ذكر الموت ، فانه يمحص الذنوب ، ويزهد فى الد نيا”.

Ertinya: “Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) didunia”.

Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w.pernah bersabda:

“كفى بالموت واعظا وكفى بالموت مفرقا”.

Ertinya; “Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.