Sunday, February 22, 2015

SALJI DI TANAH ARAB

Assalamualaikum wrbt

Renung-renungkan sahabat sekalian...
Tanah Arab dilanda salji sekali lagi.. tetapi kali ini lebih tebal saljinya....
Saya bukan peramal tetapi saya cukup meyakini Hadith Rasulullah S.A.W..

Nabi Muhammad pernah bersabda:
"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan,
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi.
 

[Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab]
Dari Sauban RA katanya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”

Berita gembira untuk kita sekiranya sempat untuk berada di zaman pemerintahan Khalifah agung cucunda Rasulullah iaitu Al-Mahdi.. tetapi terdapat berita buruknya juga kepada mereka yang lalai kerana ramai ulama berpendapat kemunculan Al-Mahdi merupakan tanda kecil Kiamat yang terakhir sebelum datangnya Kiamat Kubra pertama iaitu keluarnya Fitnah yang paling ditakuti oleh semua Para Nabi & Rasul iaitu fitnah Dajjal...

Nabi Berpesan...
"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada ummatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita"

Para sahabat bertanya, "Apakah fitnah terbesar itu Ya Rasulullah..?"
Rasulullah menjawab,
"Fitnah itu adalah kamu akan lihat ummatku pada waktu itu, paginya Islam, petangnya kafir. Petang Islam, pagi kembali menjadi kafir."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu Ya Rasulullah..?"
Baginda s.a.w menjawab,
"Sebab dia MENJUAL AGAMANYA DENGAN NILAI DUNIA."

Apakah petunjuk yang menandakan fitnah tersebut telah menimpa umat ini? Petunjuk itu adalah bilamana terjadinya huru hara yang menimpa Syam.. tatkala manusia semakin rakus mengejar kenikmatan dunia.. begitu ramai si isteri menolong suami bekerja mencari rezeki.. penyanyi diagungkan.. mereka yg teruk akhlaknya diangkat menjadi pemimpin.. yg benar dikatakan dusta & yg dusta dikatakan benar..
wallahualam..

Bersedialah sahabatku.. samada kematian kita ataupun kita sempat merasa fitnah akhir zaman kedua-duanya menjadi musabbab untuk kita beramal soleh..
tidaklah aku nukilkan ini selain daripada berkongsi ilmu untuk pedoman bersama sebagai amal soleh kepada Allah..


Thursday, February 12, 2015

PEMERGIAN BESAR...TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Assalamualaikum
Buat para pembaca yang dirahmati Allah sekalian hendaknya...



Tuan Guru Nik Abdul Aziz.. InsyaAllah syurga tempatmu.. Mungkin sekarang rohnya begitu gembira dibawa berjumpa dengan roh para Rasul, Nabi, Ulama, Anbiya & Ahli keluarga yang Soleh Solehah yang lain.. kita akan dibangkitkan bersama dengan orang2 yang kita cinta dan sayang..

Cintailah Ulama.. tiada ruginya.. Seorang lagi kekasih Allah telah meninggalkan kita.. kepada mereka yang sedih dengan kehilangan besar ini.. jadikan kesedihan ini sebagai semangat untuk kita menjadi seorang pejuang agama seperti Tuan Guru.. Allahuakbar..

Terfikirkah anda? Inilah hikmahnya pemergian yg cukup besar.. sedar ataupun tidak, bukan sahaja kesedihan ttp ramai yg menginsafi pemergian Murabbi besar ini.. semoga hidayah yg diperolehi ini berkekalan sehingga kita pula dijemput utk berjumpa Pencipta kelak..

Satu perkara yang amat sukar dilakukan oleh manusia biasa hari ini termasuk diriku yang kadang2 ada ketikanya terlupa terlalu mendambakan kenikmatan dunia..


 Tuan Guru mampu untuk memilih kehidupan mewah sebagai seorang pemimpin tetapi beliau memilih hanya untuk merasai kehidupan serba sederhana seperti seorang Guru biasa di sekolah pondok..

Mulai hari ini kita sudah kehilangan doa seorang Ulama.. memang beliau bukan maksum tetapi sudah tentu doa seorang hamba sepertinya ada nilai besar di sisi Allah...

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat.. semoga kami semua blh jadi kuat sepertimu memperjuangkan Islam..

- masa depan yang sebenarnya adalah Akhirat - Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..



Tuesday, February 10, 2015

Peristiwa hari ini... 10 Februari 2015

Assalamualaikum
Salam rahmat kepada semua...semoga sentiasa mendapat limpah berkat dari-Nya

 Tak sangka ramai yang bertanya pada saya ttg isu ini terutamanya adik2 yang masih bersekolah... Jawapan saya masih tetap sama.. saya tidak tahu yg mana1 betul & yg mana satu salah.. cuma sy blh jawab begini.. (sila baca sampai habis jika tidak bimbang anda akan salah tafsir)

DSAI sudah dihukum penjara 5 tahun.. bersalah ataupun tidak kedua2nya adalah kelebihan untuk beliau.. Andai beliau bersalah, hazan (sedih) hukuman penjara yg dikenakan ini jika beliau bersabar, mohon pengampunan dan banyakkan ibadah di sana, InsyaAllah mehnah ini adalah penghapus dosa2 beliau dan menjadi tiket untuk beliau memasuki Jannah Allah kelak...

Tetapi jika beliau tidak bersalah, ketahuilah darjat beliau akan diangkat setinggi-tingginya di atas kezaliman ini dan mereka yang terlibat dalam fitnah ini akan melihat darjat beliau yang tinggi di akhirat kelak di dalam keadaan hina dina dan tunduk malu menyesal yang tiada gunanya...

Kepada sesiapa sekarang ini yg cenderung memihak kepada mana2 pihak samada Saiful Bukhari ataupun DSAI, pesan saya, sudahlah, hentikan hujah anda.. anda sebenarnya tidak begitu pasti yg mana sebenarnya benar, hanya Allah dan mereka si empunya badan yang tahu hakikatnya.. jika anda tersalah cakap anda akan menyesal kerana memberikan pahala secara percuma kepada mereka kelak...

wallahualam...


Sunday, February 1, 2015

10 Tanda Kiamat Qubra

Assalamualaikum
Semoga dirahmati Allah s.w.t hendaknya...

Hadith yang banyak kali kita sudah dengar... tetapi entah mengapa terasa sudah semakin hampir keluarnya kesemua tanda2 tersebut.. wallahualam

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

H.R Muslimi


Sudah tibakah waktunya?

Assalamualaikum...
Semoga kita semua sentiasa berada di bawah payung rahmat-Nya

Permulaan tahun yang tenang.. Alhamdulillah.. kita doakan Ianya berterusan..
Tetapi ingat, tanggal 4 Rabiul Akhir 1436; 24 Januari 2015 yang lepas, Raja Abdullah telah mangkat meninggalkan 3 orang pewaris... seperti di dalam Hadith..

Tanah Arab telah turun salji & mengalir sungai2 serta tumbuh-tumbuhan hijau.. seperti di dalam Hadith,
Gembala "Saud" miskin yang menjadi pemerintah di Jazirah Arab (Arab Saudi) telah membina bangunan2 tinggi di Mekah & Madinah, seperti di dalam hadith,

Tasik Galilee sudah hampir sangat kepada surutnya... seperti di dalam Hadith..
Sungai Eufrat sudah hampir kering dan memperlihatkan "Gunung Emasnya" seperti di dalam Hadith..
dan selepas peperangan tercetus di Suriyah kemudian Jordan & Yaman perang berikutnya adalah peperangan besar berpaksi di Lembah Bukit Mageddo yang terletak di Palestin...

Apabila terjadinya 3 perkara maka tunggulah munculnya Qiamat Kubra... pertama apabila penyanyi dipuja (qainat), kedua apabila orang2 fasiq & mursiq di angkat menjadi pemimpin dan yang ketiga apabila benda2 haram dan memabukkan menjadi lumrah (tiada ketakutan mengambilnya kerana tiada hukuman).. maka tunggulah bencana besar (Ilmuan mengatakan bumi akan dihujani metior) yang akan menyebabkan tercetusnya Ad-Dukhan dan Bumi menjadi gelap gelita serta suasana menjadi begitu panas.. Tanya dalam hati apakah belum terjadi lagi 3 perkara ini?

Wahai si pencinta dunia mungkin termasuk diriku.. berpada2lah.. sudah tiba masanya kita sama2 banyakkan amalan.. Ingat apabila Fitan besar yang paling ditakuti oleh semua Rasul & Nabi itu sudah keluar.. sebahagian besar Umat Islam akan menjadi Kafir.. semoga Allah hindarkan kita daripada Ujian keimanan yang besar itu nanti.. wallahualam..

Banyakkanlah Ilmu mengenai Ujian2 Akhir Zaman kerana selepas Islam, Iman & Ihsan, perkara keEmpat yang diajarkan terus daripada Malaikat Jibril kepada sahabat adalah Qiamat...

Sampaikanlah kepada yang lain.. Apa yang kusampaikan ini semata2 untuk mencari amal Soleh iaitu Ilmu buat sahabat... & menjadi bekalku di kemudian hari.. tiada penghargaan yang lebih besar daripada Redha Allah..