Wednesday, April 12, 2017

TERLENA Pak Hamka


TERLENA
Dari Almarhum Pak Hamka
 
Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena.
Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.
 
Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar.
Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.
 
Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.
 
Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?
 
Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.
 
Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat.
 
Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.
 
Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?
 
Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.
 
Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?.
 
Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?.
 
Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.
 
Pak Hamka.
(Pujangga Nusantara)
 

Wednesday, December 7, 2016

NASI LEMAK SAMBAL CEROI

Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum..salam rahmat untuk sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini..
                
Jangan salah faham ya..hari ni saya bukan nak tempek resepi..maaf kalau ada yang mencari resepi nasi lemak sbb n3 ni sekadar hiburan di hari yang indah gitu..hahaha..gelak besar sekejap ya. Alkisahnya..beberapa minggu yang lepas, Encik Suami singgah kat satu gerai nasi lemak tepi jalan..otw dia nak hantar anak lelaki ke sekolah. Saya biasa tengok gerai tu sebelum ni, nampak ramai orang yang singgah membeli. Tapi belum pernah teringin nak singgah jugak.
                
Hari baik, cuaca baik masa tu..maka Encik Suami belilah jugak nasi lemak di gerai tu sebab katanya nak try, dengan harapan yang menggunung tinggi nasi tu sedap memandangkan ramai customer. Masa tu kebetulan bonda tidur kat rumah tapi just buat roti celup telur. Barang dapur banyak kehabisan dah masa tu. Saya belum restock sebab hujung minggu tu saya ada training dengan Encik Suami di MARDI, UPM.
                
Bila Encik Suami bawa balik nasi lemak, rasa lega sikit. Kenyang la jugak kan..kalau setakat roti celup telur tu, tak sampai pukul 10pagi, mesti perutku ni berdondang sayang nanti. Bila buka sambal nasi tu (sambalnya diasingkan), terus laju je sambalnya ‘terjun’ ke nasi. Terkejut hokeyy!!
                
Sambalnya..tak tahu nak cakap apa la..betul2 cair, betul2 ceroi.. Yang tu masih boleh diterima. Bab tu satu hal, ingatkan rasa menarik tapi rupa-rupanya ‘menolak’ jugak..huhuhu.. Putus selera nak makan. Tapi kami makan jugak la, takkan nak buang pulak kan.. Nasinya pun tak rasa apa, tak lemak, tak masin. Sambal ceroi, tawar jugak. Rasa macam makan cili boh je semata-mata. Encik Suami menyesal betul beli kat situ.
               
Gambar hiasan je..sedap kan? Plus nampak kuning telur tu..meleleh rasa

Honestly, saya tak tahu macam mana peniaga macam ni melariskan jualan mereka. There’s no attraction at all. Maybe ramai customer sebab gerai mereka di tepi jalan, otw orang nak ke tempat kerja. Tapi saya berani jamin no customer yang akan repeat beli kat situ. Adakalanya saya terfikir juga, kalau setakat sebulan, bolehlah bertahan agaknya. Once customer dah tahu, takkan ada lagi customer yang sama kecuali yang baru nak try macam kami. Dah siap makan, orang menyumpah2 pula. Ya, sebab customer berharap sesuatu yang menyelerakan juga walaupun dalam keadaan tergesa-gesa.
                
So, kepada peniaga-peniaga makanan, masaklah dengan hati yang ikhlas, buat sesedap yang boleh. Sebabnya, bila sedap, customer akan puji, rezeki juga akan bertambah kerana doa-doa customer. Kata-kata tu satu doa kan? Make something that will satisfied others..That will make us happy too.

P/S : N3 ini bukanlah bertujuan untuk mencaci maki atau mencari kesalahan sesiapa. Sekadar menjadikannya peringatan untuk kita bersama. Semoga Allah Yang Maha Pengasih mengampuni dosa-dosa saya dan seluruh umat Islam.. Insyaallah.
             


Sunday, December 4, 2016

Perkongsian Hadith

 بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ‎‎ 
Semoga kita semua berada di dalam lingkungan Rahmat-Nya

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. 
Maka salah seorang sahabat bertanya 
“Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” 
Nabi s.a.w. menjawab,
“Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya,
“Apakah wahan itu hai Rasulullah?” 

Nabi kita menjawab, 
“Cinta pada dunia dan takut pada mati”;- (Riwayat Abu Daud )

Tuesday, November 22, 2016

Rohingya..

Rohingya.. Bantulah walaupun dengan sekadar menadah tangan untuk berdoa kepada mereka... Ujian kepada mereka merupakan ujian kepada kita juga, jangan lupa Allah akan tanya di dalam kubur siapakah saudara kita?
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, beliau bersabda, "Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya (muslimin/muslimat) apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Musa radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:
‏ الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا “.‏‏”
وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ‏.‏
“Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”.
Baginda terus menyusupkan antara jari-jarinya.
(HR al-Bukhari)

Hadith Nabi sebagai pedoman kita..

Bismillah...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum
Semoga dengan limpah kurniaNya kita masih mampu meneruskan sisa-sisa kehidupan dengan meluangkan lebih banyak masa mengingatiNya InsyaAllah...


Cukuplah hadith Nabi yang berbicara sebagai pedoman kita..

Rasulullah SAW bersabda:

بَادِرُوا بِاْلأَعْمَالِ سِتًّا إِمْرَةَ السُّفَهَاءِ وَكَثْرَةَ الشُّرَطِ وَبَيْعَ الْحُكْمِ وَاسْتِخْفَافًا بِالدَّمِ وَقَطِيعَةَ الرَّحِمِ وَنَشْوًا يَتَّخِذُونَ الْقُرْآنَ مَزَامِيرَ يُقَدِّمُونَهُ 

يُغَنِّيهِمْ وَإِنْ كَانَ أَقَلَّ مِنْهُمْ فِقْهًا

“Segeralah melakukan amal Soleh sebelum datangnya enam perkara: “Diangkatnya orang-orang yang bodoh menjadi pemimpin, banyaknya jumlah polis, banyaknya jual beli di jabatan(rasuah), tidak ada penghargaan terhadap nyawa (pembunuhan), pemutusan silaturahmi, orang-orang mabuk yang menjadikan al-Qur’an sebagai nyanyian, dimana mereka mendahulukan seseorang diantara mereka supaya mereka menyanyikannya, walau orang tersebut yang paling sedikit ilmunya”. 

(HR. Thabrani)


Fitnah Turun Seperti Butiran Tasbih...

Ramai yang mengakui tanda2 kecil kiamat telah habis keluar kesemuanya.. tetapi mungkin ada segelintir di antara kita luntur sedikit imannya kerana berfikir kenapa sampai sekarang tanda2 besar kiamat yang sering dilisankan oleh para agamawan masih belum menjadi rialiti...
ramalan cendakiawan & agamawan begitu banyak tetapi setelah bertahun2 belum muncul lg.. Rasulullah sudah beri amaran kpd kita, bila ianya muncul nnt dan pasti akan muncul, kita akan terkenada kerana ianya keluar dengan begitu cepat satu demi satu.. sentiasalah bersedia dengan memperbanyakkan amal soleh dan bertaubat kpd Allah..
فَفِيْمَا عَهِدَ إِلَيَّ رَبِّـيْ أَنَّ ذَلِكَ إِذَا كَانَ كَذَلِكَ؛ فَإِنَّ السَّاعَةَ كَالْحَامِلِ الْمُتِمِّ الَّتِـيْ لاَ يَدْرِيْ أَهْلُهَا مَتَـى تَفْجَؤُهُمْ بِوَلاَدِهَا لَيْلاً أَوْ نَهَارًا.
“Maka di antara yang diwahyukan oleh Rabb-ku kepadaku, bahwa hal itu (kiamat) pasti terjadi. Maka sesungguhnya kiamat itu bagaikan wanita hamil yang telah sempurna (kehamilannya),satu bukaan ke satu bukaan terjadi semakin cepat setiap bukaannya (tanda2 besar kiamat), sementara keluarganya tidak mengetahuinya perihal itu sehingga mereka dikhabarkan oleh kelahirannya"
Sabda Rasulullah daripada Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah,
“Telah tetap bahwa tanda-tanda besar kiamat bagaikan benang tasbih, jika ia putus, maka butiran tasbih yang ada di dalamnya akan berjatuhan dengan begitu cepat satu persatu.
Hadits Riwayat Imam Ahmad.”

Monday, November 14, 2016

Beriman Kepada Qada dan Qadar

Assalamualaikum
Untuk peringatan kita bersama..moga2 mendapat manfaatnya...


Semoga kita mendambakan dunia ini hanya sekadar keperluan untuk menjalani kehidupan.... Beriman sepenuhnya terhadap Qada Qadar yang telah ditentukan..

Hadith sahih riwayat Bukhari...
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم تَعِسَ عَبْدُ اَلدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ وَالْقَطِيفَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ لَمْ يَرْضَ

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w.bersabda: "Celakalah hamba-hamba dinar dirham dan kain beludru. Jika diberi ia rela dan jika tidak diberi ia tidak rela...

وَعَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: جَاءَ رَجُلٌ إِلَى اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اَللَّهِ! دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِي اَللَّهُ وَأَحَبَّنِي اَلنَّاسُ. فـقَالَ: اِزْهَدْ فِي اَلدُّنْيَا يُحِبُّكَ اَللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ اَلنَّاسِ يُحِبُّكَ اَلنَّاسُ رَوَاهُ اِبْنُ مَاجَه وَسَنَدُهُ حَسَنٌ

Sahal Ibnu Sa'ad r.a. berkata: "Ada seseorang menghadap Nabi s.a.w dan berkata: Tunjukkan kepadaku suatu perbuatan yang bila aku melakukannya aku disukai Allah dan manusia. Beliau bersabda: Zuhudlah dari dunia Allah akan mencintaimu dan Zuhudlah dari apa yang dimiliki orang mereka akan mencintaimu."