Bismillah
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum..salam rahmat
untuk sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini..
Jangan
salah faham ya..hari ni saya bukan nak tempek resepi..maaf kalau ada yang mencari
resepi nasi lemak sbb n3 ni sekadar hiburan di hari yang indah
gitu..hahaha..gelak besar sekejap ya. Alkisahnya..beberapa minggu yang lepas, Encik
Suami singgah kat satu gerai nasi lemak tepi jalan..otw dia nak hantar anak
lelaki ke sekolah. Saya biasa tengok gerai tu sebelum ni, nampak ramai orang
yang singgah membeli. Tapi belum pernah teringin nak singgah jugak.
Hari
baik, cuaca baik masa tu..maka Encik Suami belilah jugak nasi lemak di gerai tu
sebab katanya nak try, dengan harapan yang menggunung tinggi nasi tu sedap
memandangkan ramai customer. Masa tu kebetulan bonda tidur kat rumah tapi just
buat roti celup telur. Barang dapur banyak kehabisan dah masa tu. Saya belum
restock sebab hujung minggu tu saya ada training dengan Encik Suami di MARDI,
UPM.
Bila
Encik Suami bawa balik nasi lemak, rasa lega sikit. Kenyang la jugak kan..kalau
setakat roti celup telur tu, tak sampai pukul 10pagi, mesti perutku ni
berdondang sayang nanti. Bila buka sambal nasi tu (sambalnya diasingkan), terus
laju je sambalnya ‘terjun’ ke nasi. Terkejut hokeyy!!
Sambalnya..tak
tahu nak cakap apa la..betul2 cair, betul2 ceroi.. Yang tu masih boleh
diterima. Bab tu satu hal, ingatkan rasa menarik tapi rupa-rupanya ‘menolak’
jugak..huhuhu.. Putus selera nak makan. Tapi kami makan jugak la, takkan nak
buang pulak kan.. Nasinya pun tak rasa apa, tak lemak, tak masin. Sambal ceroi,
tawar jugak. Rasa macam makan cili boh je semata-mata. Encik Suami menyesal
betul beli kat situ.
Honestly,
saya tak tahu macam mana peniaga macam ni melariskan jualan mereka. There’s no
attraction at all. Maybe ramai customer sebab gerai mereka di tepi jalan, otw
orang nak ke tempat kerja. Tapi saya berani jamin no customer yang akan repeat
beli kat situ. Adakalanya saya terfikir juga, kalau setakat sebulan, bolehlah
bertahan agaknya. Once customer dah tahu, takkan ada lagi customer yang sama
kecuali yang baru nak try macam kami. Dah siap makan, orang menyumpah2 pula.
Ya, sebab customer berharap sesuatu yang menyelerakan juga walaupun dalam
keadaan tergesa-gesa.
So,
kepada peniaga-peniaga makanan, masaklah dengan hati yang ikhlas, buat sesedap
yang boleh. Sebabnya, bila sedap, customer akan puji, rezeki juga akan
bertambah kerana doa-doa customer. Kata-kata tu satu doa kan? Make something
that will satisfied others..That will make us happy too.
P/S : N3 ini bukanlah bertujuan
untuk mencaci maki atau mencari kesalahan sesiapa. Sekadar menjadikannya
peringatan untuk kita bersama. Semoga Allah Yang Maha Pengasih mengampuni
dosa-dosa saya dan seluruh umat Islam.. Insyaallah.


No comments:
Post a Comment