PART 1
Bismillah...
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk
Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya dapat juga kami jejakkan kaki ke Tanah Suci
Mekah. Setelah 2 minggu ada kat rumah, baru berkesempatan untuk share travelog
umrah kami bersama anak kecil. Saya tahu dah ramai yang share pasal umrah
bersama anak kecil ni. So, saya bukanlah saja-saja nak share melainkan untuk
berkongsi pengalaman dan sekaligus memberi panduan kepada sesiapa saja yang
bakal menjadi tetamu Allah s.w.t nanti. Lagi pula, pengalaman setiap orang
biasanya berbeza-beza. Tambahan pula, kami ke Tanah Suci pada bulan Ramadhan,
jadinya cabaran menjalani ibadah di sana mungkin sedikit berlainan.
Oh ya, kami ke Tanah Suci ni dengan pakej
Andalusia Travel & Tours. Pasal harga...tak perlu mention kot sebab
pakejnya berlainan. Kalau nak cerita kang, lagi la berjela-jela entri ni.
Kami tiba di Malaysia hari Khamis 14 Julai
2016. Ni pun ada kelapangan masa sikit sebab si kecik tidur. Kalau tak jangan
harap ler nak sit down depan laptop lama-lama. So, rasanya saya akan mula
dengan hari kami berangkat ke Tanah Suci la ya..
30 Jun 2016
Beberapa hari sebelum bertolak balik ke
Malaysia, saya dah diserang batuk dan selsema. So, sebab cuaca kat Mekah panas,
penyakit lambat nak sembuh. Lepas tu melarat pulak bawa balik ke rumah. Kami hanya pergi bertiga dengan Raudatul,
terpaksa tinggalkan Roqi dan Rawida memandangkan Roqi terikat dengan
persekolahan. Flight kami sebenarnya pukul 6 petang hari ni tapi sebab abang
ipar pun kerja, kena la kami ke airport awal pagi. Pukul 9.30 pagi dah pun kat
airport. Sangap weh lama sangat tunggu flight. Naik flight kat KLIA 2 sebab by
Saudi Airlines.
 |
| waiting for family in-law masa ni...Raudatul dah mula tunjuk muka bosan |
Sambil tunggu ipar duai sebelah Encik Suami
dan PIL sampai, kami menyempatkan diri baca buku panduan umrah. Oh ya, kami ni
pergi bertiga plus semua adik beradik Encik Suami dan juga PIL. So, semua
sekali 8 orang termasuk Raudatul. Actually, nak menunggu petang memang letih
sebab nak tidur pun takde tempat. Kalau aku lelaki, dah hentam baring atas
kerusi jer ;)
 |
| with family in-law |
Sebelum taklimat, jemaah umrah diberi tag
nama, pelekat beg dan beg makanan yang berisi roti,
biskut dan gula-gula. By 4pm, semua jemaah umrah ada taklimat pasal
passport dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Sebelum taklimat tu kami dah
siap-siap solat jamak zohor dan asar. Pakcik dan makcik Encik Suami ada datang
juga. Roqi dan Rawida of course la tak boleh ikut hantar kami sebab abang ipar
kena terus pergi tempat kerja. Itupun nasib baik dia kerja kat site dan tak
perlu masuk ofis hari kami berangkat.
Selepas taklimat, kami dapat passport dan
semuanya kena prepare untuk masuk ke departure hall terus. Semua jemaah umrah hanya
perlu bawa hand luggage untuk dibawa naik ke dalam flight. Beg besar semua kena
masuk kargo.
Actually kami kena jalan agak jauh sebelum
ambil train transit untuk naik flight. Fuh! Punya la susah nak sampai kat
flight pun. Nak berdukung pun satu hal. Nak disuruh si kecik berjalan sendiri
kang, memang slow yang amat lah kan... Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab
ada 2 orang adik ipar lelaki yang sudi tolong angkat beg saya sekali. Memang
adik-adik iparku yang dua orang ni sangat membantu.
 |
| muka masing2 dah serabai sebab dah seharian menunggu ;) |
Sebelum masuk flight, kena pulak tunggu kat
waiting hall. Nasib baik tak lama sangat. Masing-masing sibuk tengok tiket
flight, nak tahu tempat duduk kat mana. Anakanda Raudatul tak ada seat sendiri,
seat dia sama ada atas riba saya atau Encik Suami je la. Almost sejam rasanya
tunggu kat situ ke ½ jam je...alahai lupa dah! Ni la akibatnya kalau ‘peram’
cerita lama sangat, banyak lupa...huhuhu. Nasib tak jadi pekasam jer.
Sebelum terlupa...masa tengah tunggu sebelum
taklimat pukul 4pm tu, ada salah seorang Mutawwif yang datang tegur Encik
Suami. Katanya dia tu bekas anak murid my MIL. Kitaorang pun apa lagi, rasa nak
berjimba gembira la kan sebab at least ada jugak orang yang dikenali. Ok,
stop dulu cerita pasal mutawwif, nanti sambung lagi.
Dah masuk flight jam 6 petang, lebih kurang
la. Tak terlalu lambat sebab Saudi Airlines ni memang punctual. Seat saya dan
Encik Suami and also PIL kat barisan tengah. My SIL and BIL duduk sebelah
kanan. Seat dalam flight Saudi Airlines ni ada 3 partition. Kiri, kanan dan
tengah.
Saya sebenarnya agak excited tapi dalam masa
yang sama takut pun ada jugak. 1st, sebab ni pertama kali naik
flight nak merentasi perjalanan yang jauh..perghh ayat! Dah macam nak buat esei
pulak. Sebelum ni naik flight yang 45minit je. Kali ni 8 jam punya perjalanan
okey! Mana tak excited. Tapi dalam dok macam tu, teringat pulak anak-anak kat
rumah kakak. Uhuk2x, sedih pulak. Dah selesa duduk, dapat selimut, bantal dan
penutup mata, Raudatul dapat beg baby. Not bad, kaler kuning, ada gambar Toy
Story lagi. Bila dah dalam perjalanan, Encik Suami pindah ke seat depan sebab
ada 2 seat kosong kat depan kami. Rasa bersyukur sangat sebab saya tak perlu
nak riba Raudatul sepanjang 8 jam perjalanan kami. Rezeki!
 |
| sebelum En.Suami tukar seat..see, Raudatul dah mula buat hal...hahaha |
Walaupun begitu, my lil princess mana boleh
duduk diam. Sekejap2 nak duduk dengan Encik Suami, sekejap2 nak duduk dengan
saya. Haru biru nak tunggu dia tidur. Ada juga bagi dia tengok cerita kartun
kat tab tapi bila rasa bosan je, terus dibalingnya tab tu. Lagi bertambah haru
saya dibuatnya. Specialnya dalam Saudi Airlines ni, setiap seat ada tv
personal. So, boleh tengok macam-macam movie, nak dengar mengaji pun boleh. Ada
juga movie kartun dalam tu tapi Raudatul mana boleh pakai earphone. Habis
ditarik-tariknya. Bila lampu dah dipadamkan, semua orang dah start nak tidur.
Saya ni jangan harap la boleh tidur memandangkan Raudatul masih segar bugar
lagi. Bila dia boring, merengek sikit dan menangis, saya susukan dia. Okey
sekejap, pastu dia sambung main. Memang jeles ya tengok orang sekeliling siap
ada yang berdengkur lagi.
Kami berbuka puasa sekitar jam 8.30 malam ke
atas sebab mengikut tempat flight lalui masa tu. Perut tak terasa lapar sangat masa tu
walaupun kami berbuka agak lambat. Mungkin sebab dah terlalu letih, tak ada
masa nak fikir lapar kot...hahaha... Meal yang flight bagi agak mengenyangkan. Saya
dah lupa Encik Suami dapat apa, meal saya nasi dengan ayam masak halia, lebih
kurang macam tu la. Setidak-tidaknya itu yang saya rasa la. Meal yang disediakan
atas flight Saudia ada 2 jenis and they allowed us to choose it.
Masa makan yang 1st memang sedikit
susah sebab Raudatul suka bebenor kacau, ambik sudu n baling dan macam-macam
lagi la. Makan tak nak pula dia. Nasib baik juga dia makan biskut yang
dibekalkan Andalusia.
 |
| 1st meal yang flight serve..yang ni meal En.Suami, kat lm kotak kuning tu kurma KLIA bagi sebelum naik flight. meal sy lebih kurang mcm ni jgk |
Well, i’m gonna stop dulu today, sambungan cerita will be here dalam 2-3 hari lagi.
Wassalam.