Tuesday, August 2, 2016

TRAVELOG UMRAH DAN ZIARAH -PART 1

PART 1

Bismillah...

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya dapat juga kami jejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Setelah 2 minggu ada kat rumah, baru berkesempatan untuk share travelog umrah kami bersama anak kecil. Saya tahu dah ramai yang share pasal umrah bersama anak kecil ni. So, saya bukanlah saja-saja nak share melainkan untuk berkongsi pengalaman dan sekaligus memberi panduan kepada sesiapa saja yang bakal menjadi tetamu Allah s.w.t nanti. Lagi pula, pengalaman setiap orang biasanya berbeza-beza. Tambahan pula, kami ke Tanah Suci pada bulan Ramadhan, jadinya cabaran menjalani ibadah di sana mungkin sedikit berlainan.

Oh ya, kami ke Tanah Suci ni dengan pakej Andalusia Travel & Tours. Pasal harga...tak perlu mention kot sebab pakejnya berlainan. Kalau nak cerita kang, lagi la berjela-jela entri ni.

Kami tiba di Malaysia hari Khamis 14 Julai 2016. Ni pun ada kelapangan masa sikit sebab si kecik tidur. Kalau tak jangan harap ler nak sit down depan laptop lama-lama. So, rasanya saya akan mula dengan hari kami berangkat ke Tanah Suci la ya..

30 Jun 2016

Beberapa hari sebelum bertolak balik ke Malaysia, saya dah diserang batuk dan selsema. So, sebab cuaca kat Mekah panas, penyakit lambat nak sembuh. Lepas tu melarat pulak bawa balik ke rumah.  Kami hanya pergi bertiga dengan Raudatul, terpaksa tinggalkan Roqi dan Rawida memandangkan Roqi terikat dengan persekolahan. Flight kami sebenarnya pukul 6 petang hari ni tapi sebab abang ipar pun kerja, kena la kami ke airport awal pagi. Pukul 9.30 pagi dah pun kat airport. Sangap weh lama sangat tunggu flight. Naik flight kat KLIA 2 sebab by Saudi Airlines.
waiting for family in-law masa ni...Raudatul dah mula tunjuk muka bosan
Sambil tunggu ipar duai sebelah Encik Suami dan PIL sampai, kami menyempatkan diri baca buku panduan umrah. Oh ya, kami ni pergi bertiga plus semua adik beradik Encik Suami dan juga PIL. So, semua sekali 8 orang termasuk Raudatul. Actually, nak menunggu petang memang letih sebab nak tidur pun takde tempat. Kalau aku lelaki, dah hentam baring atas kerusi jer ;)
with family in-law
Sebelum taklimat, jemaah umrah diberi tag nama, pelekat beg dan beg makanan yang berisi roti, biskut dan gula-gula. By 4pm, semua jemaah umrah ada taklimat pasal passport dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Sebelum taklimat tu kami dah siap-siap solat jamak zohor dan asar. Pakcik dan makcik Encik Suami ada datang juga. Roqi dan Rawida of course la tak boleh ikut hantar kami sebab abang ipar kena terus pergi tempat kerja. Itupun nasib baik dia kerja kat site dan tak perlu masuk ofis hari kami berangkat.

Selepas taklimat, kami dapat passport dan semuanya kena prepare untuk masuk ke departure hall terus. Semua jemaah umrah hanya perlu bawa hand luggage untuk dibawa naik ke dalam flight. Beg besar semua kena masuk kargo. 

Actually kami kena jalan agak jauh sebelum ambil train transit untuk naik flight. Fuh! Punya la susah nak sampai kat flight pun. Nak berdukung pun satu hal. Nak disuruh si kecik berjalan sendiri kang, memang slow yang amat lah kan... Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab ada 2 orang adik ipar lelaki yang sudi tolong angkat beg saya sekali. Memang adik-adik iparku yang dua orang ni sangat membantu.
muka masing2 dah serabai sebab dah seharian menunggu ;)
Sebelum masuk flight, kena pulak tunggu kat waiting hall. Nasib baik tak lama sangat. Masing-masing sibuk tengok tiket flight, nak tahu tempat duduk kat mana. Anakanda Raudatul tak ada seat sendiri, seat dia sama ada atas riba saya atau Encik Suami je la. Almost sejam rasanya tunggu kat situ ke ½ jam je...alahai lupa dah! Ni la akibatnya kalau ‘peram’ cerita lama sangat, banyak lupa...huhuhu. Nasib tak jadi pekasam jer.

Sebelum terlupa...masa tengah tunggu sebelum taklimat pukul 4pm tu, ada salah seorang Mutawwif yang datang tegur Encik Suami. Katanya dia tu bekas anak murid my MIL. Kitaorang pun apa lagi, rasa nak berjimba gembira la kan sebab at least ada jugak orang yang dikenali. Ok, stop dulu cerita pasal mutawwif, nanti sambung lagi.

Dah masuk flight jam 6 petang, lebih kurang la. Tak terlalu lambat sebab Saudi Airlines ni memang punctual. Seat saya dan Encik Suami and also PIL kat barisan tengah. My SIL and BIL duduk sebelah kanan. Seat dalam flight Saudi Airlines ni ada 3 partition. Kiri, kanan dan tengah.

Saya sebenarnya agak excited tapi dalam masa yang sama takut pun ada jugak. 1st, sebab ni pertama kali naik flight nak merentasi perjalanan yang jauh..perghh ayat! Dah macam nak buat esei pulak. Sebelum ni naik flight yang 45minit je. Kali ni 8 jam punya perjalanan okey! Mana tak excited. Tapi dalam dok macam tu, teringat pulak anak-anak kat rumah kakak. Uhuk2x, sedih pulak. Dah selesa duduk, dapat selimut, bantal dan penutup mata, Raudatul dapat beg baby. Not bad, kaler kuning, ada gambar Toy Story lagi. Bila dah dalam perjalanan, Encik Suami pindah ke seat depan sebab ada 2 seat kosong kat depan kami. Rasa bersyukur sangat sebab saya tak perlu nak riba Raudatul sepanjang 8 jam perjalanan kami. Rezeki!
sebelum En.Suami tukar seat..see, Raudatul dah mula buat hal...hahaha
Walaupun begitu, my lil princess mana boleh duduk diam. Sekejap2 nak duduk dengan Encik Suami, sekejap2 nak duduk dengan saya. Haru biru nak tunggu dia tidur. Ada juga bagi dia tengok cerita kartun kat tab tapi bila rasa bosan je, terus dibalingnya tab tu. Lagi bertambah haru saya dibuatnya. Specialnya dalam Saudi Airlines ni, setiap seat ada tv personal. So, boleh tengok macam-macam movie, nak dengar mengaji pun boleh. Ada juga movie kartun dalam tu tapi Raudatul mana boleh pakai earphone. Habis ditarik-tariknya. Bila lampu dah dipadamkan, semua orang dah start nak tidur. Saya ni jangan harap la boleh tidur memandangkan Raudatul masih segar bugar lagi. Bila dia boring, merengek sikit dan menangis, saya susukan dia. Okey sekejap, pastu dia sambung main. Memang jeles ya tengok orang sekeliling siap ada yang berdengkur lagi. 

Kami berbuka puasa sekitar jam 8.30 malam ke atas sebab mengikut tempat flight lalui masa tu. Perut tak terasa lapar sangat masa tu walaupun kami berbuka agak lambat. Mungkin sebab dah terlalu letih, tak ada masa nak fikir lapar kot...hahaha... Meal yang flight bagi agak mengenyangkan. Saya dah lupa Encik Suami dapat apa, meal saya nasi dengan ayam masak halia, lebih kurang macam tu la. Setidak-tidaknya itu yang saya rasa la. Meal yang disediakan atas flight Saudia ada 2 jenis and they allowed us to choose it.

Masa makan yang 1st memang sedikit susah sebab Raudatul suka bebenor kacau, ambik sudu n baling dan macam-macam lagi la. Makan tak nak pula dia. Nasib baik juga dia makan biskut yang dibekalkan Andalusia. 

1st meal yang flight serve..yang ni meal En.Suami, kat lm kotak kuning tu kurma KLIA bagi sebelum naik flight. meal sy lebih kurang mcm ni jgk 
Well, i’m gonna stop dulu today, sambungan cerita will be here dalam 2-3 hari lagi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment