Tuesday, August 9, 2016

Kopi; Ada baik dan buruknya

Bismillah...

Assalamualaikum...

Semoga sesiapa sahaja yang sedang membaca blog ini berada di dalam lindungan Allah s.w.t selalu hendaknya.
This coffee look delicious kan?

Sebelum bermula, mohon maaf kerana Travelog Umrah dan Ziarah Part 2 masih belum dapat saya upload. Rasa macam banyak lagi cerita yang tertinggal. So, entri kali ni saya cuma nak celoteh serba sedikit pasal kopi. Tiba-tiba nak cerita pasal kopi...tak ada berkaitan dengan apa-apa pun. Cuma semalam bila minum kopi, teringat pula nak share story yang tak seberapa kat sini.

Berpagi-pagian semalam, saya rasa mengantuk sangat. Sampaikan boleh tertidur masa duduk pun. Bila anak panggil pun saya rasa mamai je. So, lepas tidurkan Raudatul, cepat-cepat saya buat segelas Nescafe dengan harapan tak nak bagi mengantuk.

Sebenarnya saya kurang minum Nescafe atau yang seangkatan dengannya sebab mostly bila minum, heart beat laju semacam je. Tangan pun kadang-kadang menggeletar. Bila buat kerja rasa macam tak tentu arah. Tapi bila dah mengantuk sangat, minum jugak la. Cuma lepas minum, saya akan consume air masak banyak-banyak supaya saya tak shaking. But I think, based on my own experience..kopi dan Nescafe ada perbezaan walaupun Nescafe pun dari sumber yang sama iaitu kopi. Harap2 pembaca boleh faham la ya..hihihi

Kat sini saya share artikel pasal kopi. Kebaikan dan keburukannya. Yang ni saya cedok dari blogger-Dr Hasbi (mintak izin ya tuan tanah untuk cnp kat sini)...

“Pelbagai pendapat bila ditanya samada minuman kopi baik untuk kesihatan atau sebaliknya. Jawapannya bergantung pada jenis kopi dan jumlah pengambilan. Katakan anda tidak menghidap kencing manis, anda tidak perlu risau meminum kopi sebab kajian mendapati kopi boleh menurunkan risiko menghidap kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2). Bukan kerana kafein, tapi bahan lain dalam kopi yang memberi kesan tersebut tidak kira samada ia minuman kopi berkafein ataupun tidak (decaffeinated coffee).

Malangnya bagi pesakit diabetis atau kencing manis, mengambil minuman berkafein seperti kopi boleh memburukkan lagi penyakit diabetis yang dihidapi. Ini kerana kafein yang terkandung dalam minuman tersebut mengganggu sistem dalaman menyebabkan badan semakin sukar untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Namun pesakit diabetis boleh mengambil minuman kopi yang telah dinyah-kafein (decaffeinated coffee) sebagai alternatif.

Kajian lain menunjukkan amalan meminum kopi dapat mengurangkan risiko penyakit strok (angin ahmar), membantu mencegah kanser kulit serta memberi kesan perlindungan terhadap penyakit Alzheimer. Namun fakta tersebut masih memerlukan kajian lanjut untuk mengesahkannya. Dalam satu review yang dikeluarkan pada tahun 2007 dalam Neurological Research tabiat meminum kopi secara berterusan membantu mencegah penyakit Parkinson. Tetapi kesan ini tidak terjadi kepada wanita yang telah menopos yang mengambil terapi hormon estrogen, sepertimana dilaporkan dalam American Journal of Epidemiology dalam tahun 2004.

Minuman kopi didapati tidak meningkatkan risiko menghidap kanser pundi kencing, perut, buah pinggang, atau payudara malah ia membantu sedikit sebanyak mencegah kanser hati. Kajian menunjukkan tabiat meminum kopi dikaitkan dengan kandungan enzim dalam darah yang menunjukkan kerosakan hati adalah rendah. Keputusan ini adalah konsisten tidak kira orang itu pernah atau tidak menghidap penyakit hati. Masih tidak pasti samada kesan ini disebabkan kafein atau bahan lain dalam kopi.

Ringkasnya, bagi kebanyakan orang yang menikmati minuman kopi sekadar secawan dua sehari memang tidak perlu risau. Hakikatnya, meminum dua ke empat cawan kopi sehari (200 ke 300mg kafein) berkemungkinan besar selamat. Tapi pengambilan kopi yang berlebihan, seperti empat ke tujuh cawan sehari (500 ke 600mg kafein) akan mengundang pelbagai masalah seperti sukar tidur, cepat gemuruh, cepat marah, loya, degupan jantung yang laju, sakit kepala, kemurungan, tangan menggeletar dan sebagainya.”

p/s: boleh rujuk pada blog beliau for more details pasal kopi. A very good info to read


No comments:

Post a Comment