Tlg bezakan antara ancaman kpd org Islam dan ancaman kepada org melayu.. ia boleh menyebabkan org ramai keliru di antara jihad menegakkan islam dan juga perjuangan membela nasib melayu.. kekeliruan ini boleh memberi kesan kpd. sahabat-sahabat kita yang hendak mengenali islam, mereka akan takut untuk mendekati islam kerana terlalu dikaitkan dengan melayu.. jawabla nanti di hadapan Allah bila nama kita disebut kerana disebabkan kita, seorang insan tidak berminat untuk mendekati Islam…
Sebagai contoh yg pertama, ada yg menyatakan habislah orang Islam sekiranya sekolah-sekolah cina menjadi lebih banyak, Apa kaitan dengan Islam dalam isu ni? Memang tiada langsung.. nanti sahabat-sahabat kita yang hendak mendekati islam akan berfikir.. ajaran Islam ini tidak membenarkan sekolah-sekolah lain dibuka ke? Jadi kaitkan isu dengan Melayu sahaja jangan sebut ini ajaran Islam..
Contoh kedua berkenaan dengan university, ada yang mengatakan kalau orang bukan Islam berkuasa maka kemasukkan ke university akan dibuat berdasarkan Merit dan bukan lagi metokrasi … Saya bersetuju perlu adanya metokrasi sekarang kerana pelajar Melayu masih jauh ketinggalan…. Tetapi sekiranya isu ini dikaitkan dengan Islam, orang bukan Islam akan berfikir adakah ajaran Islam ini mahukan umatnya sahaja menguasai universiti walaupun ramai pelajar lain lebih layak? … Jadi orang bukan Islam akan memandang seolah-olah Islam ini tidak adil.. Jadi kaitkan isu dengan Melayu sahaja jangan sebut ini ajaran Islam..
Ketiga soal ekonomi.. Sekiranya orang bukan melayu berkuasa maka habisla ekonomi orang Islam.. Ada orang menyatakan kalau orang bukan melayu menguasai ekonomi maka melayu akan lebih sukar untuk berdaya saing sekaligus juga miskinlah orang Islam kerana majority islam adalah melayu..
Jadi sahabat kita beragama lain akan menganggap Islam ini perlukan pelindung untuk mereka mengekalkan ekonomi mereka dan mereka akan menganggap ajaran Islam ni tak nak bagi bangsa dan agama lain kaya.. Sedangkan Islam bukan begitu…
Kalau inilah yang dipegang oleh Abdul Rahman bin Aus sudah tentu dia tidak boleh menjadi antara orang terkaya di kota madinah apabila berhijrah kerana pada ketika itu ekonomi madinah dikuasai oleh orang Yahudi . Sedangkan sebelum berhijrah, arab Quraish memaksa Abdul Rahman Bin Aus meninggalkan semua harta yang dimiliki sekiranya mahu berhijrah bersama Rasulullah…. Abdul Rahman Bin Auf tidak mengharapkan satu dasar ekonomi pun untuk menjadi kaya semula.. Jadi kaitkan isu dengan Melayu sahaja jangan sebut ini ajaran Islam..
Jika ada perkara yang melibatkan ancaman kepada agama Islam berjihadlah demi membela Islam tetapi jika tiada jangan kaitkan dengan Islam… kaitkan dengan Melayu sahaja…
Sebenarnya bg saya
yg banyak terancam adalah orang Melayu bukan Umat Islam.. disebabkan rasa
terancam itulah orang melayu terpaksa mengancam agamanya sendiri dengan
melanggar ajaran Islam demi persaingan seperti rasuah, melabur di tempat-tempat
haram, tidak jujur dalam perniagaan, terlalu mementingkan kroni dan
sebagainya.. wallahualam

No comments:
Post a Comment