Wednesday, February 12, 2014

FaceBook ; Tutuplah Aibmu…

Assalamualaikum...

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, akhir zaman ini kita sedang dikelilingi dengan fitnah yang datang bagai peluru sesat. Memburu sesiapa sahaja yang leka dan alpa. Memburu sesiapa sahaja untuk dijadikan mangsa dosa. Nauzubillah..

Jadi, adik-adik, janganlah jadikan Face Book ini sebagai neraca Mizanmu di dunia.. kau ceritakan setiap peribadimu dan orang lain di laman maya ini.. biarlah rahsia dirimu dan orang lain hanya Allah yang tahu.... biarlah org mengetahui rahsia kita di padang mahsyar kelak... yg baik jangan ceritakan supaya tidak berkurang pahala di situ dek kerana riak terbit di dalam hati dan yg buruk minta ampun daripadanya.. tak guna org lain tahu setiap perbuatan kita samada baik atau buruk.. yg penting biarlah hanya Allah yg tahu untuk kita tagih pahala dan ampun daripadanya...

“Setiap daripada kamu ialah orang yang berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah orang yang bertaubat.” (HR Ahmad)

“Siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. (Hadis riwayat at-Tirmidzi).

Sebenarnya Islam melarang kita membuka aib dan dosa kita kepada orang lain kerana hanya orang yang mahu dihukum sahaja yang patut menceritakan keaiban diri sendiri…

Sabda Rasulullah SAW: "Jauhilah perkara keji yang dilarang oleh Allah.Sesiapa yang melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)


No comments:

Post a Comment