Assalamualaikum...
Kali ni kita nak bincangkan tentang orang Melayu, antara usaha dan takdir yang ditentukan oleh Allah. Saya setuju pendapat Prof. Diraja Ungku Aziz bahawa orang Melayu takkan boleh bersatu seperti orang Arab.. Sy percaya kerana Hampir Kesemua Melayu adalah beragama Islam dan orang Islam tidak boleh bersatu selagi tidak keluarnya Imam Mahadi dan Al-Masih Isa Ibnu Maryam yang akan menyatukan orang Islam...
Sepotong hadith yang mashyur menceritakan mengapa orang Islam tidak akan bersatu..
Amir bin Said berkata bahwa : "Satu hari Rasulullah S.A.W datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud :
"Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara saja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pertentangan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Dalam 1 hadith yang lain, Sayidina Ali KMW berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW, “Adakah al-Mahdi itu datang daripada keluarga kita atau dari orang lain?” Baginda SAW menjawab, “dia adalah dari kalangan kita.
Allah akan menutup agama ini dengannya seperti dia memulakan agama ini dengan kita. Dia datang menerusi kita karena orang ramai mendapat perlindungan daripada godaan, seperti mana melalui kita mereka selamat daripada syirik. Melalui
kita jugalah Allah akan memautkan hati mereka dalam persaudaraan seperti sebelumnya berlaku permusuhan, dan membawa bersama-sama ukhwah dalam agama mereka, selepas berpecah belah akibat syirik.
Dari Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sudah dekat masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam AS yang menjadi hakim yang adil. Dia akan memecahkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah dan harta melimpah ruah sehingga tiada seorang pun yang mahu menerimanya.” (Muslim)
Walaupun doa Rasulullah ini ditolak kita perlu senantiasa berusaha menyatukan Umat Islam kerana usaha penyatuan Ummah ini adalah satu jihad..
Wallaualam...


No comments:
Post a Comment