Wednesday, February 5, 2014

Kenapa Allah mengizinkan Dajjal untuk keluar dari bumi Iran

Assalamualaikum...

Hari ini kita bercerita sedikit tentang Dajjal dan yang seumpama dengannya. Dulu bila dengar tazkirah berkenaan dengan tanda2 besar Qiamat hairan juga bila Ustaz bgtau dajjal akan keluar di Iran sbb memikirkan negara Iran adalah salah satu negara yg kuat Islamnya pada masa tu.. tp sekarang bila dah satu persatu keluar kebenaran berkenaan sejarah Iran dan syiah, baru tahu kenapa Allah keluarkan dajjal di Constantinople, Iran.... Syiah adalah suatu ajaran yang mana pengikutnya paling mudah mempercayai sesuatu.

Bermula dengan mempercayai wujudnya imam 12 sehinggalah mempercayai imam-imam mereka lebih mulia daripada para nabi. Kemudian ketaksuban mereka terhadap imam 12 disulam lagi oleh ulama mereka dengan mempercayai imam 12 mempunyai separuh kekuasaan tuhan di mana imam-imam mereka mengetahui perkara yang lepas dan yang akan datang serta boleh memilih siapa yang mulia di kalangan manusia. Mudahnya mereka mempercayai sesuatu perkara daripada ulama mereka tanpa ada sebarang bukti mukjizat (ajaib) yang pernah terjadi. Inikan pula dajjal yang mana Allah Azzawajalla benarnya dia mempunyai sihir antaranya boleh menghidupkan orang yang mati.

Mudah sangat bagi mereka mempercayai dajjal itu adalah tuhan. Cuba kita lihat di Syria, baru jawatan Presiden, iaini Basyar Assad pun mereka sudah berani mengucapkan kalimah di mana Basyar itu adalah tuhan. Apatah lagi jika ada indivdu yang mempunyai kuasa sihir yang berbagai-bagai. Setelah membaca sejarah dan seterusnya membuat perbandingan antara penyelewengan agama Nasrani (kristian) dan penyelewengan agama Islam dengan wujudnya syiah, saya berpendapat umat kristian lebih susah untuk diselewengkan pemikiran mereka oleh paderi pada zaman Renaissance berbanding dengan kewujudan syiah.

Ini kerana orang-orang besar gereja di Eropah pada ketika itu memakan masa yang lama untuk menyelewengkan agama mereka. Sebaliknya syiah, Abdullah Bin Saba dengan mudah memesongkan aqidah umah Islam dengan menyanjung Ali r.a pada ketika Ali masih ada lagi. Jadi pada pendapat saya sebab itulah dajjal Allah S.W.T turunkan di Iran bukan di Negara bukan Islam yang lain seperti Eropah dan benua-benua yang lain. Ingat sahabatku fitnah Dajjal adalah ujian Allah S.W.T yang paling besar Dia berikan untuk makhluknya yang bergelar manusia.

Kuatkanlah iman kita, hafal dan bacanya 10 ayat pertama surah Al-Kahfi untuk elak fitnah daripada Dajjal sepertimana hadith daripada Abi Darda' Radiyallahu 'Anhu, berliau berkata Nabi saw bersabda;" Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dr surah Al-Kahfi dipelihara dan di selamatkanya dari Fitnah Dajjal '. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie). Sahabatku muslimin dan muslimat, Islam itu sudah lengkap sejak Rasulullah diutuskan jadi tidak perlulah kita mempercayai lagi kepercayaan dan ajaran yang datang selepas agama yang diajar oleh Nabi junjungan kita ini. Wallaualam yang baik datang daripada Allah dan yang buruk daripada kelemahan diri saya sendiri


No comments:

Post a Comment