Wednesday, February 5, 2014

La' Tahzan.. Sabar dan Bersyukurlah

Assalamualaikum...

La' Tahzan...maksudnya Jangan Bersedih. Ya, itulah kata-kata yang harus kita ingat walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana Allah s.w.t sentiasa ada di sisi kita.


Makanan, minuman, rumah, kenderaan dan peralatan dicipta untuk berkhidmat kepada manusia.. Makanan kegunaannya untuk mengenyangkan kita, kereta digunakan sebagai kenderaan begitulah juga peralatan lain mempunyai tujuan tertentu..

Manusia dicipta berkhidmat untuk siapa? Dan apa tujuannya?... “ و ما خلقت الجن والانس الا ليعبدون “ maksudnya : dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembahKu ( beribadat kepaduKu ) Ramai org boleh bersabar bila ditimpa masalah, tetapi ramai yg tidak tahu untuk bersyukur (beramal untuk mencari redha Allah dengan sebaik-baiknya) bila diberikan kesenangan oleh Allah…

Manusia bila ditimpa musibah ramai yg berkata “sabar je la, nak buat mcm mana benda dah jadi” tp bila cerita tentang nikmat Allah hanya mampu mengungkapkan “Alhamdulillah syukur” tanpa melakukan apa2 bg menunjukkan syukur mereka.. Padan la ramai Ulama berpendapat Syukur itu lebih tinggi Makamnya daripada Sabar..... Manusia seringkali merindui yang lebih baik padahal kata Hamka.. " yg ada inilah harapan kita"... impikan dan kejarlah cita2 tp jangan lupa.. apa yg telah Allah berikan pd kita kadang2 lebih daripada cukup sebenarnya.. bersyukurlah..

Hidup ini memang susah kerana fitrah kehendak nafsu manusia mahukan kebebasan dan kesenangan… Sbb kesusahan hidup inilah Allah gantikan kita dengan syurga… Begitu banyak dalil2 Allah yang menunjukkan manusia akan berehat dari kesusahan dunia dan akan digantikan dengan kesenangan akhirnya di akhirat kelak..

Setelah Ahli-Ahli syurga masuk ke dalam syurga, mereka bersyukur dan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat); Fatir 34 Dia yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Dan tidak akan menyentuh kami lagi penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu”. Fatir 35

Kunci para sufi boleh tawadhu' dan istiqamah di dalam ibadah mereka adalah kerana mereka memahami konsep dunia ini hanyalah ujian dan sementara sahaja.. -peringatan daripada Allah S.W.T. yang ringkas dan padat, beruntunglah barang siapa yang memahaminya-

“Maka apabila malapetaka yang sangat besar (hari kiamat) telah datang. Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya, dan diperlihatkan neraka dengan jelas kepada setiap orang yang melihat. Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).(Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kebangkitan, bilakah terjadinya, Siapakah kamu (maka) dapat menyebutkan (waktunya)? Kepada Tuhanmulah dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya). Kamu hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit) Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari. ” Surah An Naazi’aat : Ayat 34 – 46

 Bersabarlah dengan dugaan Allah kerana ianya disengajakan (ditakdirkan) olehNya supaya kita bersabar dan merasa nikmatNya yang tiada henti di syurga kelak… Istajib Doa Ana Ya Allah…. Amin.


No comments:

Post a Comment