Sedarkah kita bahawa umat terdahulu walaupun segelintir membuat maksiat maka Allah akan timpakan Azab kepada keseluruhan umat.. tetapi dek sayangnya Rasulullah kepada kita baginda berdoa untuk Allah tangguhkan Azab kepada umat ini..
Sudah lama mulut2 busuk mempertikaikan Hudud kedengaran sejak Merdeka lagi.. Tetapi tahun lepas bila Kelantan benar2 berhajat dan tekad berusaha untuk melaksanakan Hudud, semakin banyak mulut2 busuk lantang bersuara tidak kira dari aliran puak2 mana pun, melontarkan perkataan yang cukup berat untuk mereka jawab di Mahsyar Allah kelak.. adakah kerana isu ini atau maksiat dan fitnah yang semakin berleluasa menjadi penyebab Allah menguji kita?
Hanya Allah yang tahu jawapannya.. adakah bala ini "Mehnah" ataupun semata-mata Azab dariNya... Sekarang seolah2 kita tidak sempat mendongak kelangit untuk melihat mentari.. kerana ujian yang turun satu demi satu ini begitu cepat seperti hujan yang turun dari langit.. "Ya Allah jika ujian ini adalah kerana diKau Murka kepada sebahagian daripada kami.. Insafkanlah mereka... Amin...

No comments:
Post a Comment