Salam rahmat kepada semua pengunjung blog.
Sahabat2ku sekalian mari kita bezakan 2 peristiwa ini.. hayati dan InsyaAllah baru kita mengerti Akhlak Islam dan Iman yang bagaimanakah kita miliki hari ini...
Peristiwa pertama, Pada tanggal 837 hijrah kisah mengenai seorang Muslimah daripada Bani Hasyim.. ketika gadis Solehah ini berjalan2 di pasar dia diganggu oleh beberapa orang lelaki Romani dari Rome sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya... Kemudian dia memanggil Khalifah Al-Mutashim Billah dengan menjerit "waa Mu’tashimaah!" yang bermaksud "di mana kau Mutashim, tolonglah aku!".. Mendengar perkhabaran itu Kahlifah pemimpin Islam yang hebat itu menyahut dengan menghantar puluhan ribu tentera ke Ammuriah (Turki)...
Ramainya bala tentera yang dihantar Khalifah ini begitu ramai sehingga panjangnya tidak putus dari gerbang istana khalifah di Baghdad hingga ke Kota Ammuriah (Turki)..
Peristiwa kedua yang kita telah sedia maklum.. gadis2 kita bukan sahaja rela tetapi seolah2 begitu berkeinginan untuk dipeluk oleh artis Korea.. Wahai Ibu Bapa yang mempunyai hasrat untuk melihat anak mereka tergolong di dalam golongan Siddiqin & Syuhada termasuk diriku dan Isteriku.... Jika benar sekadar melihat hiburan itu tidak mengapa, tetapi jika sehingga hampir separuh tumpuan mereka terhadap artis pujaan mereka ini menyelami hidup mereka.. berhati2lah.. peristiwa ini menunjukkan betapa kuatnya aura hiburan di dalam meruntuhkan agama anak2 kita...
Bandingkanlah kedua2 peristiwa ini, lihat di kategori manakah kita dan majoriti Umat Islam berada sekarang ini? Aurat diselak sehingga perang diIshtiharkan dan...........
Semoga Allah takdirkan peristiwa ini untuk menyedarkan kita tentang Fitnah2 yang akan datang..
Saya terpanggil untuk menulis coretan ini kerana terdapat komen yang saya baca daripada mereka yang terlalu berfikiran terbuka mengatakan "hal ini kecil sahaja.. biarkanlah"..
Hal ini kecil bagi mereka yang melihat dengan akal.. tetapi besar untuk mereka yang melihat dengan keimanan.. wallahualam

No comments:
Post a Comment