Salam rahmat kepada semua pembaca dan pengunjung blog ini...
Ujian yg datang tanpa henti ini memang satu peringatan dan sudah tentu ada hikmahnya.. ramai di antara kita berfikir ujian ini adalah peringatan dek banyaknya maksiat dan kejahilan yang terjadi di dalam masyarakat.. tetapi bagi saya peringatan ujian yang tidak putus2 ini merupakan satu petanda yg jauh lebih penting daripada sekadar maksiat dan kejahilan.. ini adalah peringatan untuk kita menjadi muslim yang lebih kuat daripada hari ini kerana.... wallahualam
Selepas peristiwa MH370 dan kering berpanjangan pada awal dan pertengahan tahun lepas, saya sudah menulis.. berhati-hatilah apa pula yang akan datang selepas ini, kejadian ini adalah lebih daripada sekadar amaran kemurkaan Allah terhadap maksiat dan kejahilan yang telah dilakukan oleh umat Islam hari ini.. wallahualam.. Ini kerana Rasulullah sendiri telah berdoa supaya ditangguhkan bala keatas umat ini daripada bencana seperti yang telah diberikan Allah ke atas umat2 terdahulu..
Mari kita lihat, walaupun pelbagai kejahilan, maksiat dan jenayah yang meningkat.. dalam pada itu sebenarnya ramai rakyat2 negara2 Islam di Nusantara ini sebenarnya sedang bangkit menuju kearah kehidupan beragama yang kuat.. Cukuplah jika kita menyentuh soal rumah Allah, Masjid2 di Brunei, Malaysia, Indonesia dan sebilangan tempat2 lain di nusantara kita ini seolah2 membentuk fenomena dimana ianya diimarahkan dengan cukup hebat jika dibandingkan dengan sebelum ini kerana lahirnya kesedaran dan minat yang besar terhadap agama. Salah satu musababnya adalah lahirnya tokoh2 agama yang mampu menarik ramai orang khususnya anak muda mendengar ceramah2 agama.. TV-TV dan program2 mega khas untuk agama seperti cendawan tumbuh dewasa ini sehingga yang paling menabjubkan dengan pengishtiharan Hudud di Brunei..
Walaupun mungkin sekadar hanya sebilangan umat Islam nusantara ini yang cenderong kepada kesedarang untuk menjadi Mukmin yang kuat, tetapi fenomena yang terjadi ini sudah cukup merunsingkan zionis khususnya tentera2 dajjal.. Bukan meminta tetapi satu persatu yang terjadi setakat ini seolah2 sudah menunggu begitu dekat "sesuatu" yang lain pula.. hanya Allah yang mengetahui keharmonian ataupun ujian yang akan mewarnai hidup kita selepas ini.. namun untuk menjalani kehidupan dan niat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim dan khalifah Allah dengan baik, kita memang wajib mendoakan keredaan dan rahmat daripada Allah S.W.T dicucurkan untuk “bumi” ini..
Walaupun begitu, seperti takut dan bimbangnya Rasulullah bagimana kita umatnya menghadapi dugaan fitan ini, kita juga perlu bimbang dan sentiasa bersedia dengan tingkatkan Iman dan Ilmu yang jamiq.. orang barat berkata “masa akan datang” adalah suatu misteri, tetapi misteri inilah yang menentukan hala tuju kehidupan kita. wallahualam..

No comments:
Post a Comment