This time, saya kongsikan sedikit info tentang fitnah akhir zaman. Kita melaluinya setiap hari dan setiap masa sekarang ini. Jadi, bersedialah kerana kita memasuki era ujian paling getir saat ini.
Hati-hatilah kepada siapa yg mempunyai Ilmu agama tetapi menceritakan perihal yang sebaliknya (salah) terhadap hukum hakam agama kerana untuk mencari kepentingan dunia… bila Rasulullah bersabda bermakna perkara itu wajib akan terjadi kerana kata2 Rasulullah mempunyai nilai wahyu..
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda; "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (Syak Perawi Hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia.
(H.R.Muslim)

No comments:
Post a Comment